Salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita untuk segmen yang penuh dengan tips-tips berguna buat semua WSB kita iaitu Ciri-Ciri Web Design yang Kurang Baik bagi bahagian yang ke 6. Wah, tak sangka kita sudah sampai ke episod ke-6 ya! Baiklah, entri saya pada hari ini ialah Susunan Perenggan atau Paragraph Arrangement.
Para WaSaBer sekelian, rata-rata kita semua ada belajar Karangan dalam subjek Bahasa Melayu mahupun English Language. Oleh itu, memang rata-rata kita semua tahu apa maksudnya Perenggan atau Paragraph itu.
Dalam blogging ini, sememangnya misi utama kita adalah untuk mengarang apa sahaja yang kita suka mahupun mengarang panjang-panjang ataupun pendek-pendek. Tapi pokoknya memang rata-rata banyak penulisan disertakan dalam berblogging ini berbanding dengan memasukkan imej. Kalau dalam blog saya, saya kurang tulis panjang-panjang ni. Kalau panjang pun selalunya saya main 'copy paste' ja.
Tetapi tanpa kita sedari sebenarnya ramai blogger diluar sana (mahupun atau mungkin diri kita sendiri) yang malas mahu membaca penulisan yang panjang-panjang ni. Tambahan lagi apabila ianya dipaparkan di skrin komputer siap dengan pancaran radiasi dari skrin tu yang mampu membuatkan kita pening dan sakit mata.
Oleh yang demikian, paragraph arrangement amat penting iaitu dengan mengasingkan perenggan-perenggan penulisan. Baiklah, mari kita lihat contoh di bawah.
|
Nah, tidak kah anda mulai merasa pening-pening lalat untuk membacanya? Ditambah lagi dengan warna latar belakang yang terang dan warna tulisan yang terlalu kontras. Kemudian perenggan tidak diasing-asingkan membuatkan pembacaan kita mudah hilang! Betul kan?
Postingan kali ini merupakan postingan lanjutan tentang artifak Golden Jetsyang diduga merupakan sebuah desain mesin terbang yang dibuat oleh peradaban masa lalu.
|
Artikel ini diambil dari laman Apa Kabar Dunia
- Laman ini berasal dari Indonesia dan isi kandungannya SANGAT MENARIK!
Ha, macam ni kan lebih mudah dibaca. Siap disertakan lagi dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan post itu. Jadi pembaca tidaklah pening dan dengan bantuan gambar-gambar yang disertakan, dapatlah juga pembaca itu merehatkan matanya.
Selain itu juga, kalau boleh elakkan penggunaan link atau pautan Read more atau Baca Lebih Lanjut untuk pembaca klik dan pergi ke artikel penuh. Ini adalah kerana, apabila penulisan itu hanya ditunjukkan separuh sahaja, kemudian pembaca perlu klik link 'Baca lebih lanjut' itu bermakna laman itu terpaksa loading sekali lagi untuk dipautkan ke artikel penuhnya. Bukankah ini menyukarkan pembaca apa lagi sekiranya laman blog itu lambat loading kerana mempunyai widget-widget berat.
Tahu, kan macam mana untuk masukkan Jump Break ni dan tahu apa fungsinya? |
Ini hasilnya apabila kita masukkan Jump page ke dalam post kita.
Ada cara untuk anda mengurangkan kesesakan entri dalam laman blog anda iaitu dengan menggunakan setting yang telah disediakan oleh platform Blogspot kita.
Selain itu juga, ada juga widget yang sangat membantu para pengunjung dan pemilik blog dalam mengurangkan kesesakan entri iaitu;
Ini dia pautan Read more yang saya maksudkan |
Memang Jump Post ini membantu untuk mengurangkan kesesakkan laman blog kita dengan meringkaskan entri kita. Tetapi ada juga keburukan disebalik kebaikan ini iaitu membuatkan pengunjung terpaksa load page itu untuk kali kedua semata untuk membaca artikel penuh. Seperti saya katakan diatas. Bayangkan kalau laman blog tersebut atau internet connection anda lambat. Mesti ia mengambil masa untuk kita baca artikel penuh itu dibandingkan tanpa memasukkan Jump Page ini. Pembaca boleh membaca isi artikel itu secara terus tanpa perlu load page itu sekali lagi.
Ada cara untuk anda mengurangkan kesesakan entri dalam laman blog anda iaitu dengan menggunakan setting yang telah disediakan oleh platform Blogspot kita.
Tentukan berapa post yang mahu anda letakkan di laman utama blog anda di sini |
Widget LinkWithin membantu anda untuk mengakses entri-entri lain dalam blog tersebut |
Cara untuk menentukan label entri anda |
Widget Blog Archive memudahkan pengunjung untuk memilih artikel berdasarkan tarikh ditulis |
Namun begitu, terpulang pada anda untuk menyukai Jump Break ini atau pun tidak. Apa yang saya tulis disini adalah tips-tips untuk dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman dan pengetahuan web design yang saya pelajari. Sekian terima kasih.
Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah
atau terkasar bahasa
sangat membantu...sa pandai sudah buat tu 'Linkwithin'...previously sa tertanya2 juga mcamna mo buat tu...thanks ^_^
thanks for info..sa suka karang panjang2 jua :-)
Agree with you, especially yang itu perenggan panjang & 'read more'.. Pandai hilang mood juga ni membaca kadang-kadang. Unless if the title and the post catch my interest la.. ;-)
makaseh byk2 ah.. tips2 yg berguna owh..
ngam.. I like..:)
Tapi ini WSB Blog pun ada 'read more' kan? Mciam tu aa..
@AnnieMing Huhuhuhuh...itu terpulang pada reader n owner la..mmm..mcm mana tu Admin Besar?heheheheh
Saya lah antara yang suka mengarang panjang tapi saya tidak suka pakai shortform lah. Harap saya tidak memeningkan kepala lah :) Hehehe
thanx 4 sharing...:)
yup betul tu setuju ... :a
Betul juga kan?.
:q :k
nah bagus tipsnya ni, i like bertubi-tubi, tapi sis, sa try letak fungsi readmore, tia pandai jadi2 ni, last2 sa pakai 2 post saja on the main page, sigh. okay ka tu sis?
@Azura "Banyak Cakap" Aik..pelik pulak tu..cmna bleh xpndai jadi2???sy pn hairan~
yeeee tengkiu for the tips!! ^^