Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Blog Of The Month: Calon Pemenang Edisi Februari

34 comments
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Apa khabar Wasaber sekalian? Sihat walafiat juga? Moga geng Wasaber sekalian berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja. Jaga kesihatan fizikal dan mental okay...

Agak lama blog WSB menyepi tanpa kemasan terkini. Tapi WSB tetap aktif - seperti biasa - di Facebook Pages dan CRB. Terima kasih atas penyertaan dan sokongan jitu dari semua Wasaber terutamanya yang rajin berkunjung. Tanpa Wasaber, siapalah WSB...

Baiklah, kali ini aku ingin mencuri masa mencoret sesuatu di sini [Tanpa izin Admin. Jangan marah Boss x)]. Terus kepada topik utama, aku akan mengumumkan Calon Pemenang bagi BOTM edisi Februari 2011. Jangan silap baca ya. Ini senarai, baru Calon Pemenang. Bukan Pemenang, ehe. Sudah baca siapakah pemenang BOTM edisi Januari 2011 yang lalu? Wasaber yang ketinggalan atau yang baru boleh semak di menu Entri Terbaru [sebelah kanan]. Kalau ada kemusykilan atau pertanyaan lanjut pasal keputusan BOTM: Jan. 2011, bolehlah bertanya terus sama aku atau Boss kita.

Bah, jom tengok siapa-siapa yang terpilih untuk jadi Calon Pemenang [dan seterusnya menjadi Pemenang] BOTM: Feb 2011, edisi 'Cinta' ini, yeah!

Pemenang BOTM : Edisi Januari "Cerpen : Al-kisah Wasaber"

38 comments

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera~

Setelah proses analisis dan meneliti segala kriteria telah dijalankan dalam tempoh yang agak lama, ini kerana juri terpaksa membuat beberapa fasa penelitian. Lagipun kesemua cerpen mempunyai cerita yang berbeza serta bersifat komedi yang membuatkan anda seronok untuk membacanya. Maka setelah pihak juri melaksanakan proses pemeriksaan serta markah melalui undian, keputusan sudahpun diketahui.

Kamu rasa siapa?

Wasabers on 14th February 2011

36 comments
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera Wasabers~

WSB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah.

Adakah Wasaber yang menunggu poster kali ini? Kalau ada, BAGUS! Mungkin nama anda tersenarai dalam poster pada kali ini.WSB telah mengubah sistem putaran poster dikeluarkan dari mingguan kepada 2 minggu sekali. Perubahan ini berikutan semakin ramai Wasaber yang berdaftar, maka pihak WSB dan krew memerlukan masa untuk menilai tahap kekerapan dan daya aktif Wasaber sekalian. 

Mempersembahkan! Poster pada kali ini.

Blog Of The Month: Edisi Februari 2011

53 comments
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera buat Wasabers sekalian.

Sedar tak sedar, kita sudah menginjak ke bulan yang kedua bagi tahun ini; bulan Februari. Moga Januari yang telah berlalu meninggalkan lembaran kenangan yang terindah buat Wasabers sekalian.

Namun, timbul satu persoalan. Bila mengamati tajuk di atas, Wasabers tentu akan tertanya-tanya "BOTM Edisi Januari belum pun diumumkan pemenangnya, dibuka pula BOTM Edisi Februari?".

Sabar dahulu Wasabers sekalian. BOTM Edisi Januari bukan calang-calang penyertaannya. Masih ingat berapa ramai peserta? Masih ingat karangan Wasabers yang menyertainya? Penghargaan bagi pemenang pula, bagaimana? Nah, semua ini mengagumkan. Para krew WSB sedang bertungkus-lumus untuk menghasilkan yang terbaik demi Wasabers sekalian. Jadi, teruskan menanti dengan sabar dan tenang ya..

Baiklah, mari kita teruskan aktiviti kita ini yang hanya 'muncul' sebulan sekali sahaja. Wasabers yang terlepas edisi lalu, kini peluang tiba untuk anda!

Founder WSB tertarik dengan tema 'Cinta'. Opss, jangan salah faham. WSB tidak bermaksud untuk mengaitkan pertandingan kali ini dengan istilah 'Hari Kekasih'. Jangan silap faham okey..

Jadi, BOTM edisi kali ini temanya ialah; "I LOVE WSB"


Hyperactive Wasaber : January 2011

26 comments
Setelah WSB melalui bulan Januari dengan mesranya bersama para Wasaber samasa Wasaber baru atau senior, WSB terus mendapat sokongan tidak berbelah bahagi di kalangan para Wasaber yang sangatlah supportive. Maka, pihak WSB telah menyenaraikan beberapa orang Wasaber yang Hyperactive sepanjang bulan Januari lalu.

Adakah anda tersenarai? Tonton video ini :

Selamat Tahun Baru Cina dari WSB

19 comments

WSB ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada Wasaber yang meraikannya serta kepada semua yang menyambut perayaan ini. Moga tahun ini akan membawa "Ong" kepada kalian semua. Selamat bergembira!


Pssst! Tiada yang mahu bagi WSB angpau ka?

Undian Ilustrasi Untuk Buku Kompilasi Cerpen BOTM

16 comments
Salam sejahtera semua!

Tahniah buat para penulis-penulis cerpen yang telah berjaya hingga ke peringkat undian! Saya sudah mengundi dan undiannya adalah rahsia. Heheh... 


Ok la, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin besar kita kerana telah memberi saya penghargaan yang sangat besar dalam BOTM kali ini walaupun saya tidak menyertai pertandingan menulis cerpen ini. Admin telah melantik saya untuk menjadi illustrator bagi cerpen-cerpen yang telah terpilih ini untuk dimuatkan dalam buku kompilasi cerpen itu nanti! Yahoo! Aku terharu!


Oleh yang demikian, saya ingin meminta undian dari para WSB sekalian untuk membuat undian/pilihan untuk jenis ilustrasi yang manakah anda rasa sesuai untuk dijadikan ilustrasi untuk buku ini.


Di sini ada DUA jenis contoh ilustrasi yang saya hasilkan iaitu;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB