Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

BOTM Mac: Sebulan dalam Seminit

16 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera para Wasaber!

Kepada Wasaber yang menyambut harijadi pada hari ini tanggal 29 Februari, SELAMAT ULANG TAHUN 4 kali setahun kami ucapkan. Maklumlah 29 Februari ni muncul dalam tempoh 4 tahun sekali. hehe. Kami krew WSB disini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada para Wasaber kerana pembatalan outing bersama Wasaber yang sepatutnya berlangsung pada 25 Februari 2012. Outing tersebut terpaksa dibatalkan kerana krew WSB perlu menyelesaikan hal tertentu dan tidak dapat dielakkan. Tapi dalam masa terdekat, outing WSB ini tetap akan dijalankan. Apa kata pada bulan Mac? Kamurang cadanglah haribulan bos. kehkeh.

Okay, berbalik ke slot BOTM. BOTM kini kembali lagi untuk bulan Mac setelah BOTM berehat pada bulan Februari. BOTM Mac ini dianggap mencabar, jadi para Wasaber yang suka cabaran, anda sangat dialu-alukan untuk menyahut cabaran BOTM kali ni. Ada berani?


TEMA: Sebulan dalam Seminit

Cabaran BOTM kali memerlukan anda bekerja dengan kamera. Nda kiralah kamera digital ka, kamera Henfon ka, kamera DSLR ka. Asal buli tangkap video. Apa yang perlu anda buat ialah:

• Rakam event yang kamu rasa menarik setiap hari dari 1 haribulan Mac hingga 30 haribulan Mac.

• Setelah berjaya mengambil video dari 1 haribulan Mac hingga 30 haribulan Mac, rangkumkan video tersebut menjadi sebuah video.

• Edit video tersebut sehingga menjadi seminit. Rakaman 2 saat untuk sehari, maka 30 hari 60 saat / seminit.

• Terpulang kepada anda untuk edit video tersebut, kreativiti diambil kira.

Kamurang bulilah tengok contoh video disini.


HADIAH BOTM MAC
BOTM Mac akan ditaja oleh Wasaber Aima. TERIMA KASIH AIMA! Lots of love.

Selesai buat entri, hantar penyertaan anda ke emel kami: contest@wsbmania.com

Selamat menempuhi cabaran bulan Mac! :)

FREE TALK : EMAS SEBAGAI INSTRUMEN SIMPANAN & PELABURAN

11 comments
Dari arkib WSB News untuk hebahan Wasaber:

 

FREE TALK : ASAS PENGETAHUAN - EMAS SEBAGAI INSTRUMEN SIMPANAN & PELABURAN (Untuk orang Sandakan dan sekitarnya)
Tarikh: Sabtu, 18 Februari, 2012
Masa: 3:00pm sehingga 5:30 pm
Tempat: LOT 315, LORONG 9, TAMAN UTAMA, FASA 3, IJM, JALAN
BATU 5, SANDAKAN, SABAH

Speaker:
KHAIRUL FAHMI
Priority Dealer Public Gold Sabah/ Sarawak
Admin emassilverborneo.com


ANTARA TOPIK PERBINCANGAN:
1. Mengapa Emas.
2. Asas pengetahuan memulakan pelaburan emas.
3. Rahsia Wang Kertas.
4. Tips Pelaburan Emas.
5. Tips/ teknik-teknik terbaik membeli emas.
6. Peluang perniagaan dengan Public Gold.
(EMAS YANG DIMAKSUDKAN ADALAH DALAM BENTUK FIZIKAL SEPERTI JONGKONG, DINAR EMAS DAN BARANG KEMAS).

MASUK ADALAH PERCUMA!

Maklumat lebih lanjut, sila lawati Pentas Opera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB