Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Konvoi Walimah Wasaber #1: Si Keciq

10 comments
Bismillahirrohmanirrohim... 

Assalamu'alaikum & salam sejahtera! 

Terkejut? Ya, kalian memang patut terkejut. Sebab ini entri pertama dalam bulan ini semenjak penghujung bulan Februari yang lalu. Berbulan-bulan tidak diupdate. Berhabuk sungguh! Oleh itu, diharap entri ini akan mengubat rindu-rindu buat yang sudah rindu. Siapa? Kaulah bah, yang sedang baca ni. Kalau nda rindu mesti nda baca kan.

Apa kabar kamurang? Harap wasaber sekalian dalam keadaan yang sihat-sihat & bahagia-bahagia selalu hendaknya. Mahu ndamau mahu, kita semua terpaksa akui WSB semakin sunyi & tidak seaktif yang dulu. Iyalah, semua wasaber semakin sibuk dengan tanggungjawab masing-masing, termasuk krew WSB sendiri. Tahun 2012 ini merupakan tahun yang sangat sibuk bagi ramai individu, di mana-mana pun. Kan? Tetapi, pihak WSB tidak lupa untuk mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada wasaber-wasaber yang sangat setia, sentiasa menghulur bantuan & berganding bahu dengan pihak WSB untuk terus menghidupkan & memeriahkan lagi komuniti ini. Macam-macam usaha dibuat. Contohnya Mini Gath di KL, From Wasaber to Wasaber, 10 Fakta tentang Wasaber, dan banyak lagi. Pihak WSB sangat terharu, terima kasih yang tidak terhingga! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB