Salam semua! Bertemu lagi kita untuk entri kita; Ciri-Ciri Web Design Yang Kurang Baik untuk Part-5. Sebelum tu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para WSB yang memberikan respon yang baik sepanjang saya menulis untuk entri kita ini (saya terharu). Ok la, teruslah kita ke topik kita pada hari ini iaitu; Kelebaran Blog.
Mesti ada lagi yang belum faham dengan tajuk kita ni. Sila rujuk gambar di bawah.
Dapat baca, kan tulisan merah tu. Itu lah lebar blog anda |
Dalam prinsip web designing, adalah diharuskan untuk mengelakan 'bottom scroll-bar' kerana ini sangat menyukarkan pelawat untuk membaca isi kandungan laman itu. Bukan saja dia perlu scroll ke bawah malah terpaksa scroll ke kanan dan ke kiri semula untuk membaca kandungan laman itu.
Tanda merah inilah yang disebut sebagai bottom scorll-bar |
Untuk mengetahui apakah saiz standard bagi sesebuah website adalah berdasarkan kelebaran skrin komputer / laptop. Anda boleh periksa sendiri apakah majoriti lebar skrin yang kita sering gunakan. Tetapi standard sebenar skrin terkini ialah 1024pixel. Tapi jangan dulu set lebar blog anda kepada 1024px kerana ini adalah saiz maksimum skrin itu. Sekiranya pembaca blog anda menggunakan saiz skrin kurang dari 1024px dia pasti memiliki masalah dengan scroll-bar itu.
Selain daripada itu juga, dalam web design kita haruslah menitik beratkan ciri-ciri design bukan sahaja dari segi keseniannya tetapi dari segi psikologinya. Dalam seni susun letak atau Art of Arrangement ruang rehat mata amat di perlukan agar minda psikologi pembaca atau penonton tidak terlalu sesak.
Ruang rehat ditanda merah |
Oleh itu, untuk memberikan ruang rehat, saiz yang sesuai untuk dipadankan ialah antara 800px hingga 1000px. Jadi, kalau skrin pengguna itu bersaiz 1024px (saiz standard skrin komputer/laptop terkini) dia masih lagi mempunyai baki 24px sebagai ruang rehat dia.
Untuk menentukan kelebaran blog dalam platform blogspot adalah amat mudah. Anda boleh setkannya di sini.
Semua tahu, kan di mana letaknya ni? |
Selepas anda setkan kelebaran blog anda, anda sudah boleh design header blog anda mengikut saiz lebar blog yang telah anda setkan agar header dan isi kandungan blog anda selari. Ingat, pastikan saiz tinggi atau height header anda tidaklah terlalu tinggi agar saiz pixelnya tidak besar dan mudah loading. Ketinggian atau height untuk header anda adalah terpulang kepada citarasa anda asalkan tidak terlalu besar (saiz pixel dan fail).
Oklah, saya rasa cukup untuk entri kali ini. Sekian terima kasih.
Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah
atau terkasar bahasa
banyak sudah sa dapat ilmu berkaitan blog ni...wlaupun tida pernah blajar secara formal, at least dpt pengetahuan dari sini ^___^...bagi lagi tips byk2 ah admin :)
Waaah! nice entry, dapat juga ilmu ni, suka suka suka. :)
nice info...thanks! :n naaah sa tapuk tangan utk ko hihi
ya bagus ni. sa suka..
:n ikut sama michelle tapuk tgn..
nice.
trimas 4 sharing..
harap2 saiz belog sa ok ja utk di'limpas2..
uiyooo. ruang rehat mata pla kna pnggil tu. ok ok.
thanx for those who tapuk tangan for me...hehehe...i'll try my best to share more things for u guys...now i'm currently do some more researches for ur pleasure ~ ^_^
nice info..:)
thanks for sharing this :)
good info..
di harapkan mereka yang mempunyai ciri2 blog yg tlalu lebar tu, ubah2 la saiznya k..
laptop yg sy pakai skg ni pun keci ja ni ~.~ :o
Luckily mine is currently 980px. Hehee..
Thanks for sharing!
Salam.. Nice entri finie.. love it.. tbuka minda.. =)
bagus3...info yg sgt berguna..thx! ^^
Aku sukung brabis dengan yang nih!! sbb aku pngguna "skrin kecik"!!haha
bagus, sangat berinfo. Ngam untuk saya yang baru buat blog ini.. hehehe
@CakapBisasori, sala taip saja
Good info :)
Bagus ni.
thx wsb!! ^^
tq for the info :k
:q :k
hondiya :a :t tumbuh bunga lepas baca kelima-lima entry Finie Ramos
thank you ah Finie..sangat :q
welkam @keykho Utk BOTM April ka ni??hehe..gudluck~