Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

CIRI-CIRI WEB DESIGN YANG KURANG BAIK - Part 4

29 comments
Salam and hello to all WSB! Lucu juga ya bila baca komen-komen sebelum ni. Ya, bagi yang betul-betul mengikuti topik kita ni, mesti memang sudah tahu ceritanya kenapa tajuk topik kita ni ditukar. Apa pun, kita ambil yang baik dan jadikan yang buruk itu sebagai pengajaran.

Jadi, teruslah kita ke topik utama kita Ciri-Ciri Web Design Yang Kurang Baik untuk part yang ke-4 iaitu TEMPOH LOAD PAGE YANG SANGAT LAMBAT.


Memang rata-rata WSB kita adalah pengguna broadband untuk connect internet dan selalunya 'kuasa kuda' broadband tu tidaklah seberapa laju. Oleh yang demikian, kita haruslah menitik beratkan ciri-ciri ini untuk memudahkan para pengunjung kita dan kita sendiri.

Antara punca-punca utama yang menyebabkan tempoh load page ni sangat lambat ialah:

  • Penggunaan background yang bersaiz besar (tak kiralah saiz fail atau saiz gambar tu)
  • Penggunaan widget yang sangat banyak
  • Link-link iklan yang telalu banyak
  • Header blog yang sangat besar

Mari baca lebih lanjut...
Background

Elakkan menggunakan background yang besar contohnya seperti ini:

Huih..besarnya imej background dia...Memanglah dia boleh guna sebab dia guna kelajuan internet yang tinggi

Oleh itu caranya, adalah lebih baik kalau anda memilih teknik pengulangan dengan menggunakan imej kecil dan diulang sehingga menjadi satu corak. Contohnya: 

Hai! Selamat Datang ke Blog Saya!

Ini contoh background yang menggunakan teknik 'Pengulangan Imej'. Nampak macam 1 gambar corak papan, kan! (lebih kurang la...kalau mahu lebih cantik, kena cari yang lain. Ini untuk contoh ja)

Hai! Selamat Datang ke Blog Saya!

Bila imej itu tidak di'ulang', ia akan kelihatan seperti ini.

Macam website ni, dia guna teknik seperti diatas untuk menjimatkan masa loading page dia


Bingung macam mana mau buat begini? Boleh buka tutorial di SINI. Tapi langkah yang paling mudah, kamu boleh tentukan settingnya di layout design yang telah blogspot tentukan. Semua tau, kn?

Semua tahu, kan dimana letaknya setting ni?


Penggunaan widget sangat banyak


Widget memang comel dan cantik tapi sebenarnya ia juga adalah penyebab kepada kelambatan blog anda untuk siap loading kerana platform Blogspot kita ini perlu memanggil bit-bit (coding) widget itu dari laman web asalnya untuk di 'cerminkan' semula ke laman blog anda. Oleh yang demikian, 'kuasa kuda' broadband anda amat diperlukan untuk mempercepatkan proses memanggil bit-bit itu.

Kalau widget itu anda sememangnya diperolehi dari platform Blogspot yang telah sedia ada, ia tidaklah seberat mana kerana widget itu sudah sedia ada dalam 'rumah'nya.

Widget / Gadget yang sedia ada dalam blog lebih laju di 'load'.
Berbanding dengan widget / gadget yang diambil dari laman-laman web luar, ianya lebih lambat loading.






Link-link iklan yang terlalu banyak


Sama seperti kes widget, iklan atau ads memang memerlukan 'kuasa kuda' yang tinggi dari broadband anda untuk siap di loading kerana ia menggunakan teknik yang sama untuk memanggil bit-bit itu dari 'rumah' asalnya.

Tetapi memang ada segelintir dari kita suka meletakan iklan-iklan ini untuk mendapatkan $ 'sewa' dari iklan itu (betul ka boleh dapat?saya pun kurang arif pasal ni). Sekiranya anda masih mahu meletakkan iklan-iklan ini tetapi pada masa yang sama mahu menjimatkan masa untuk loading page, senang saja.

Pertama, kurangkan penggunaan iklan atau setkan iklan-iklan ini kepada text only ads. Ini adalah kerana, saiz teks adalah lebih kecil dari saiz gambar atau animasi yang banner-banner iklan ini selalu gunakan.

Contoh online ads banner yang menggunakan animasi / imej yang sememangnya bersaiz besar.

Contoh text only ads yang lebih kecil dan mudah loading


Header blog yang sangat besar


Header memang sangat memainkan peranan penting dalam sesebuah laman web kerana ia adalah 'ruang tamu' utama untuk menjemput para pelawatnya. Sememangnya menggunakan header yang cantik dan menarik perhatian adalah amat digalakkan. Tetapi harus diingat, sekiranya ia terlalu besar, ia mampu melambatkan proses loading laman itu.

Memang cantik. Tapi perlu kelajuan broadband yang tinggi

Ni lagi cantik! Bukan pasal dia warna pink tapi saiz headernya kecil dan menarik bukan saja menjimatkan ruang, tetapi menjimatkan masa loading juga.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab mengapa proses loading sesebuah laman web itu lambat tapi apa yang saya tulis pada hari ini adalah sebab-sebab yang paling utama. Kalau tulis semua disini, lambat loading nanti blog WSB kita sebab entry telampau panjang (hah, ni pun salah satu ciri juga).


Okey lah...Sehingga bertemu lagi di entry seterusnya! Peace no War!





Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 

29 Respon dari Wasaber.

  1. beaty says:

    Bha sa mau ubah la sa puna header yang ni kasi kici..heheh

  2. tempat sa mimang kicik berabis ^_^

    Beaty: kijap juga tu loading tmpt ko...^_^

  3. Pasal header. Pendapat gua, header besar dan header kecik tidak jauh bezanya.yg berbeza, pixel size image tersebut.

    Ada header yg kecil tp format PNG(pixel size tinggi) mgkin juga sama cepat loadnya dgn saiz header yg besar tp format JPEG(pixel size rendah).

    mgkin topik header tersebut lagi sesuai guna pkataan, saiz pixel image header. dan kalau bleh, gua dan wasaber yg lain pun ingin tahu berapa saiz yg sesuai atau minama.

    nice info again:)

  4. Anonymous says:

    Thanks for the info. mantap..

  5. aRlen says:

    hehe,sy nda guna byk widget dlm blog sy,tp header yg sy guna mcm bsr ni,so kena start guna yg kecil skit la ni.kekeke.

  6. header sederhana dan simple cukuplah kan ... :a

  7. nGiau says:

    btl3!simple is better kn..:)

  8. Thanks for this post! widget belambak masalah saya dari dulu ni tau. xD

  9. Anonymous says:

    header terlampau basar macam kana sama sa wo..
    tapi itu header orang buatkan untuk sa bah.
    rasa bersalah pla mau uba

  10. lmbt ka loading law tgk blog saya?
    alalala~
    :a

  11. beaty says:

    @JRY The Boonto ui na iya bh kan ..nanti sa cek brp pixel sa punya hheader tu

  12. beaty says:

    @timbiar ja bh tim...ko ubah pixel di seja ...

  13. beaty says:

    Urm..tempat sa teda widget..cuma sa rasa kan post tu lambat sangat mau load kalo mau buka

  14. Great reply JRY The Boonto, insyallah nnt kita bincangkan topik ni di entry seterusnya, k! ^_^

    Thanx

  15. @aRlensy susah la mau tau blog ko lmbt load atau tak sb skg sy d opis n internet connection sy mmg laju tahap dewa..em, sy rasa header ko mcm besar sgt jg la sb time sy load header ko yg last kluar. cuba la try kasi kicik dia..goodluck ^_^

  16. Oh, snang ja tu,tim...edit balik dia guna adobe photoshop kasi kecik dia skit..crop dia..xpun guna Microsoft Office Picture Manager..try jak smpai saiz fail dia kecil. k! Gudluck!

  17. @tim,mmg lmbt oo blog ko load wlupn sy d ofis skg guna internet connection yg laju tahap dewa..mmmm..try jak edit kasi kicik k!

  18. @aesya_echaEm, sy cek td...post smua cpt jg kluar tp header lmbt buka..slow2 jak dia buka..ni sy buka d opis guna connection laju, xpasti plak guna broadband..nnt cek, k!

  19. @beaty, blog ko mmg lmbt load sb bnyk widget tu...Shoutbox, nuffnang yg warna pink d sudut bawah sblah kanan n photoslide show tu smua tu widget la tu..yg paling bikin lmbt blog ko load widget photo slideshow tu sb widget tu mmg berat tu...so, try your best utk kasi cpt load page, k! gudluck ^_^

  20. siapa maw minta bikin header boleh minta bikin sama sia ... cas2 juga la ... wakakakkaa :a

  21. WSB ~ sini rujuk lebih lanjut http://www.socfx.com/bad-web-design-features/

  22. bha law cmni..mo kc kecik la header sa ni..
    erm bha..nt ada ms sa tukar pixel ja la la..hehe~
    tQ..

  23. Anonymous says:

    thanks for the info!! bah blog sa lmbt loading ka? mihihihi :o

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB