Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Blogwalking dengan cara yang paling cepat & mudah

38 comments
Salam & happy Thursday WSB!

Lama suda kita ndak bersua dalam segmen Tips Web Design kan! Sampai admin beso kita pun suda sound-sound kenapa lama suda saya tak tulis entry di sini. Maafla semua, ya...saya agak sibuk sejak kebelakangan ini.

Tapi demi WSB, saya sanggup curi lunch time saya yang terhad ini untuk kongsikan sedikit tips untuk anda semua iaitu; cara blogwalking yang paling cepat & mudah.

Blogwalking ni memang syiuk tapi yang bikin ndak syiuk tu kan, kalau kita lawat blog mereka yang sarat dengan pelbagai gadget-gadget akan membuatkan masa load page kita pun lama. Dari interesting mau baca blog tu jadi tension pulak menunggu blog tu siap load, kan.

Oleh itu, cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan kaedah VEIW IN GOOGLE READER. Boleh rujuk gambar di bawah...

Kini www.WSBmania.com

34 comments
Kini WSB telah maju setapak. WSB kini memiliki domain sendiri www.WSBmania.com. Naik taraf ini dijalankan untuk menunjukkan bahawa WSB kini semakin matang selepas beberapa bulan WSB dilancarkan. Proses naik taraf ini juga berjaya dilakukan atas kerjasama Wasaber yang mana telah menyumbangkan dana bagi menjayakan visi ini yang kini telah pun menjadi kenyataan. TERIMA KASIH WASABERs!



1k Facebook Liker

22 comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera~

Setelah beberapa bulan WSB dilancarkan, akhirnya WSB telah mencecah jumlah 1000 'Liker' pada WSB Facebook Fan Page. Satu pencapaian yang membanggakan. Pertambahan ini mungkin juga daripada promosi tidak langsung -entri berkaitan WSB oleh Wasaber- dimana telah membuka mata blogger dari Sabah untuk mengenal WSB dan apa itu WSB. Akhirnya keluarga WSB semakin membesar dan terus teruss terusss membesar.

Teka Wasaber #1

19 comments
Assalamu'laikum dan salam sejahtera!

Pada 18 Mac 2011 lalu, pihak founder WSB telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama pasukan Wasaber. Perlawanan dilangsungkan di City Futsal Centre, Rampayan.

Perlawanan persahabatan tersebut merupakan pertemuan pertama kalinya bagi kedua-dua pasukan. Namun ahli WSB yang terlibat dalam perlawanan tersebut hanya ada 3 orang.

Mari teka siapa Wasaber ini ~

Vlog WSB : Wasaber @ 1 Borneo

28 comments
Seperti yang dijanjikan, vlog WSB telah pun siap atas usaha Wasaber Panadol a.k.a Shizu Hanis. Terima kasih kepada Wasaber Hanis atas kesungguhannya menyiapkan video ini dalam kadar yang segera. Vlog ini menampilkan beberapa orang Wasaber termasuk founder WSB sendiri. Kepada Wasaber yang tidak terbabit untuk tampil dalam video ini, sila cemburu sekarang juga ya. Ehehehe.

Ada peristiwa yang tidak dapat dilupakan semasa kami menjalankan penggambaran ini. Salah seorang daripada Wasaber telah ditanya oleh orang ramai yang kehairanan melihat gelagat para Wasaber yang sibuk digambar dan dirakaman kamera. Soalan yang ditanya :
" Kamu ni orang semenanjung kah?"
" Kamu ni pelajar UMS kah?"
Wah! Sampai begitu sekali penangan WSB Mini Gath ni. Tapi memang tidak dinafikan pada masa itu semua mata yang lalu lalang disitu tertumpu ke arah para Wasaber yang menjalankan penggambaran vlog ini.

Jom layan vlog WSB ini ~

WSB KK Mini Gath : 13 Mac 2011

24 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera!



WSB KK Mini Gath telah diadakan pada 13 Mac 2011 bertempat di 1 BORNEO. Sebelum itu, pihak WSB merancang untuk mengadakan perjumpaan di Suria Sabah, namun setelah memeriksa jadual tayangan bagi filem "Hikayat Merong Mahawangsa" tidak tersenarai di sana maka pihak WSB telah menukar tempat perjumpaan 2 hari sebelum Mini Gath dijalankan. Semua perancangan berjalan lancar seperti yang dirancangkan pada hari tersebut.

Seramai 20++ orang Wasaber yang menghadiri Mini Gath yang ketiga ini setelah Mini Gath pertama di Suria pada Disember 2010 lalu dan kemudian Mini Gath di KL semasa cuti Tahun Baru Cina Februari 2011 lepas. Kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri mana-mana perjumpaan yang dianjurkan WSB, sila cemburu sekarang. Hehehe. Pastikan anda ada pada perjumpaan yang seterusnya dan perjumpaan yang paling terbesar ialah pada 28 Mei 2011 ini. BERSIAP SEDIA!

Tujuan WSB KK Mini Gath Mac 2011 ini ialah untuk menonton "Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) dan sebagai tanda sokongan kepada filem tempatan. Selain itu, mengeratkan hubungan para Wasaber untuk saling berkenal-kenalan. Ada yang datang dari Beaufort, Keningau, Tuaran, terima kasih kerana kesangupan anda menjayakan Mini Gath ini. 


Antara Wasaber yang hadir pada KK Mini Gath 13 Mac 2011 :

Pemenang BOTM : Edisi Februari "Tema Cinta"

14 comments

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

BOTM Edisi Februari dirasakan amat panjang perjalanannya walaupun bilangan hari dalam Februari adalah yang paling sedikit berbanding bulan-bulan yang lain.

WSB mengambil 'risiko' untuk mencuba pendekatan baharu dalam misi untuk meneroka inisiatif yang lebih unik, istimewa, dan tentunya untuk merayakan tautan kita sebagai satu 'keluarga maya' iaitu WSB. Pihak WSB khususnya Krew Aktiviti memohon maaf sekiranya pendekatan atau percubaan ini dirasakan tidak menarik dan menyusahkan Wasaber.

Aktif Wasaber Edisi Februari

29 comments
Bulan Februari berlalu dengan tema cinta. Ramai juga Wasaber yang bercintan-cintun sepanjang bulan lepas. Ini terbukti dengan penyertaan yang memberangsangkan pada BOTM edisi Februari. Rupanya Wasaber memang terdiri dari kalangan yang jiwang. Ehehe.

Dalam tempoh 28 hari pada bulan Februari lalu, tersenarailah beberapa Wasaber yang dilihat aktif dalam komuniti WSB. Kecergasan serta kerajinan inilah yang menyumbang kepada kelangsungan nadi WSB sehingga sekarang. TAHNIAH Wasaber!

Jadi WSB akan memperkenalkan calon-calon yang terpilih yang mana telah bergiat aktif sepanjang bulan Februari. Mari kita tinguk siapa yang kena!

BOTM Februari 2011: FINALIS!

16 comments
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Sedar tak sedar, Februari telah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana Februari kamu Wasaber? Adakah ianya indah dan membahagiakan dek putik-putik semangat cinta? Atau mungkin, semakin hari semakin sayangkan admin WSB?

Oh, romantisnya. Moga ikatan yang dibina semakin subur, mekar mewangi. Boleh tahan juga ramainya Wasaber yang berjiwang-jiwang dan jadi jiwang. Memang menjadilah tema Cinta tu kan, muahuahuahua!

Sempena tema BOTM bulan lalu, saya ingin berkongsi satu madah yang diabadikan kepada saya daripada seorang rakan [jantina = xx] semasa menengah dahulu. Ini apa yang saya ingatlah... Nanti betulkan kalau silap, ehe.

Apa beza Cinta, Kasih, dan Sayang?

Cinta : Ada Kasih, Sayang dan rindu.
Kasih : Ada Sayang, dan tidak semestinya ada Cinta
Sayang : Ada Kasih, dan sedikit Cinta




Wasaber Pada 28 Februari 2011

48 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera para Wasaber~

WSB kini semakin membesar. Kini keluarga kita di WSB bukan keluarga biasa-biasa tapi kita merupakan sebuah keluarga yang besar dengan ahli-ahli yang semakin bertambah. Statistik menunjukkan peningkatan ahli WSB atau Wasaber terus meningkat. Kepada Wasaber baru tu diharapkan  terus memberi sokongan padu kepada WSB. Bukan sekadar menyertai WSB untuk mempromosikan blog anda semata-mata tetapi jadikan WSB sebagai medium untuk anda berkongsi tentang dunia blogging atau apa-apa sahaja. 

Kita di WSB ibarat keluarga yang besar iaitu sejumlah 536 orang Wasaber berdaftar, 841 orang Like pada WSB fan page di Facebook dan follower pada blog WSB seramai 777 orang (setakat 11.45 malam pada 28 Februari 2011). Pencapaian ini sangat memberangsangkan. Hidup WSB!

Ayuh terus kepada poster kita pada minggu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB