Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA WASABER!

13 comments
Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Sumber n Kredit : iluvislam

Syukur kehadratNya kita semua diberikan lagi peluang untuk menghirup udara nikmat Ramadhan pada tahun ini.

Hari ini telah genap seminggu rakan-rakan Wasaber yang beragama Islam menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa di samping amal ibadah yang lain seperti bersahur, berbuka, bertarawih dan sebagainya. Malah, kemeriahan suasana ini juga sedikit sebanyak dikongsi oleh rakan-rakan Wasaber yang bukan beragama Islam yang mungkin turut sama berpuasa dengan cara masing-masing selain meluangkan masa mengunjungi bazar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan rahmat.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan segala kebaikan dan amal kebajikan yang kita lakukan mendapat hidayah petunjuk dan dicatit untuk menerima ganjaran terbaik disisiNya.

"Bekerjalah seolah-olah akan hidup selamanya dan beribadahlah seolah-olah akan mati keesokan harinya".



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

&

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


~ Ikhlas Daripada : Pengasas dan Krew Komuniti WSB ~



Ucapan Khas Ramadhan Krew WSB*:
*Kalau ada krew lain buat juga, kasitau di komen ya. Nanti update sini, ehe.. d(^^,)


Nota : Kalau ada mana-mana Wasaber yang mau spend untuk 'Jom Sungkai / Moreh Wasaber!', jangan lupa capat-capat kasitau sama boss aa.. Capat-capat bilang sebab nda lama lagi ni Raya ging.. XP

BOTM Jun 2011 : PEMENANG!!!

21 comments
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Fuhhh, cukup lama pos ini tertunda. Tentunya hal ini sudah luput sedikit demi sedikit dari kotak ingatan Wasaber sekalian, tetapi saya menaruh sedikit harapan bahawasanya ini tidak berlaku kepada mereka yang menyertai dan menyemarakkan lagi 'nostalgia' Bahasa Ibunda -- Tema Blog Of The Month Komuniti WSB.

Semestinya mereka ternanti-nanti karya siapakah yang menjadi pilihan, yang berjaya 'menawan' hati Juri.

Bagaimana Wasaber yang lain? Mahukah anda semua mengetahui pemenangnya?

Tanpa melengahkan masa, dengan lafaz Bismillah, saya umumkan berikut adalah pemenang BOTM Jun 2011 : Bahasa Ibunda Sabah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB