Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

WSB KK Mini Gath : 13 Mac 2011

25 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera!



WSB KK Mini Gath telah diadakan pada 13 Mac 2011 bertempat di 1 BORNEO. Sebelum itu, pihak WSB merancang untuk mengadakan perjumpaan di Suria Sabah, namun setelah memeriksa jadual tayangan bagi filem "Hikayat Merong Mahawangsa" tidak tersenarai di sana maka pihak WSB telah menukar tempat perjumpaan 2 hari sebelum Mini Gath dijalankan. Semua perancangan berjalan lancar seperti yang dirancangkan pada hari tersebut.

Seramai 20++ orang Wasaber yang menghadiri Mini Gath yang ketiga ini setelah Mini Gath pertama di Suria pada Disember 2010 lalu dan kemudian Mini Gath di KL semasa cuti Tahun Baru Cina Februari 2011 lepas. Kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri mana-mana perjumpaan yang dianjurkan WSB, sila cemburu sekarang. Hehehe. Pastikan anda ada pada perjumpaan yang seterusnya dan perjumpaan yang paling terbesar ialah pada 28 Mei 2011 ini. BERSIAP SEDIA!

Tujuan WSB KK Mini Gath Mac 2011 ini ialah untuk menonton "Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) dan sebagai tanda sokongan kepada filem tempatan. Selain itu, mengeratkan hubungan para Wasaber untuk saling berkenal-kenalan. Ada yang datang dari Beaufort, Keningau, Tuaran, terima kasih kerana kesangupan anda menjayakan Mini Gath ini. 


Antara Wasaber yang hadir pada KK Mini Gath 13 Mac 2011 :

1. Alfian Jamjin
2. Abu Sopian
3. Aquezyezye
4. Ariez Hazaril
5. Jerry Boonto
6. Hanif Tetikus
7. Vizard a.k.a Ibrahim
8. Zahidin Zydande
9. Zurina Jamjin
10. Miera Ezzati
11. Nieja Maksit
12. Mimi Azureen
13. Nana Farhana
14. Adreynie Elisya
15. Fatimah Nazar
16. Nurul Hayati
17. Siti Zahidah Rahimin
18. Farah Ayein
19. Shizu Hanis
20. Elieynz Anakah
21. MeisMumun
22. Ella
23. Aemy Shamy Nadira


...dan beberapa orang lagi rakan kepada Wasaber yang turut sama memeriahkan WSB Mini Gath ini.


Aktiviti

11.30am - 12.15pm
Masa menungu kehadiran para Wasaber. Semua diminta berkumpul di entrance 1 BORNEO. Satu demi satu Wasaber tampil. Kehadiran Wasaber Nieja Maksit telah menggamatkan keadaan. Riuh rendah entrance 1 BORNEO seketika kerana Wasaber Nieja bersungguh-sungguh mengatakan dia tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. Ketibaannya mengejutkan Wasaber dan ada juga yang mengalirkan air mata. Suasana sangat mengharukan. Wasaber lelaki semuanya tampil cool. Ada juga Wasaber yang datang lewat. Time management is important. Ehehe.

12.15pm - 1.00pm
Semua Wasaber bergerak ke Golden Screen Cinema (GSC). 20 tiket telah dibeli. Ada juga Wasaber yang membeli tiket secara berasingan. Setelah selesai menguruskan tiket, sesi bergambar pula dijalankan. Bermacam ragam dan gaya. Memang happening.

1.00pm - 2.15pm
Lunch time. Para Wasaber dilepaskan untuk mengisi perut. Ada yang pergi ke KFC, Apple, Big Apple, McDonald. Semua dikehendaki untuk berjumpa semula di perkarangan GSC lebih kurang jam 2.15 petang.


2.20pm - 4.10pm
Menjejak kaki ke cinema 1 GSC. Suasana panggung menjadi sedikit sibuk kerana mengatur tempat duduk bagi semua Wasaber. Kesibukan menjadikan orang lain berasa hairan kerana jumlah para Wasaber yang ramai atau juga mungkin terkejut melihat tiket yang sangat panjang semasa Wasaber diaturkan. 

Semua menumpukan perhatian menonton filem "Hikayat Merong Mahawangsa". Kepada Wasaber yang sudah menonton filem HMM. Apakah rating anda dari 1 - 10?  


4.10pm - 5.20pm 
Berkumpul di luar GSC. Ada Wasaber yang terpaksa pulang awal atas sebab-sebab tertentu. Aktiviti seterusnya ialah berkaraoke. 2 bilik telah disewa untuk tempoh 1 jam. Lagu-lagu yang berkumandang - Jamal Abdillah {wajib ada}, Nana & Achik, Elyana, Ziana Zain, Felix, dan tidak ketinggalan juga My Heart dendangan Irwansyah & Acha -. Memang sporting dan happening. Tidak pedulilah suara terkucil atau ke laut atau sama macam Ziana Zain, Wasaber memang yang terbaik.


5.20pm - 6.00pm
Selesai bernyanyi. Ada lagi Wasaber yang mengundur diri. Pada masa inilah Wasaber yang 'paling awal datang' tampil bersama kameranya. Ini masa untuk membuat vlog bersama Wasaber Shizu Hanis dan Elieynz Anakah. Vlog WSB ini dibuat khas untuk 1tube.com. Nantikan video tersebut ya.


6.00pm
Bersalam-salaman, melambai-lambaian, bersenyum-senyuman. Majlis bersurai. 


Gambar sepanjang WSB KK Mini Gath 13 Mac 2011

Lebih banyak gambar disini.


Itulah aktiviti sepanjang Mini Gath 13 Mac 2011. Semua Wasaber bergembira dan paling ketara ialah kemesraan mereka. Kemesraan ini perlu dikekalkan. Kita sudah ibarat satu keluarga. Memang pengalaman yang sangat susah untuk dilupakan. Jadikanlah hari tersebut antara memori yang tidak akan dilupakan. 


Keghairahan membaca aktiviti Mini Gath Mac 2011 ini pasti terasa tetapi ianya tidak seseronok pengalaman para Wasaber yang mengalaminya. Percayalah! Cuba tanya pengalaman mereka yang hadir. 


SALAM SAYANG DARI WSB

WSB  U


* Wasaber's Name Poster ditangguh untuk memberi laluan kepada kehangatan KK Mini Gath.

25 Respon dari Wasaber.

  1. yanty says:

    yahhh...aku cemburu sudah ni skg......punya best kmu cna,siap dpt tgk wyg lg....d 1B lg.....gilak jeles habis sudah ni....nda pa nda paa...aku paAm juga aku bukn d sabah skg ni......

  2. Zurina J. says:

    yay!aku sangat gembira tika ini...
    bersyukur sgt ditakdirkan & diizinkan sy bersama² wasaber lain bertemu bersua muka...

    Sy cinta, saya kasih, sya sayang WSB & wasaber... :t

    :s

  3. ~NieZa~ says:

    alhamdulillah, tiada aral mlintang spjng prjalann p gath ^_^
    thnx utk smua wasabers yg hadir n layan aku cam kwn yg sudah knal 20tahun..hehehe i love u all :)

  4. Ask says:

    Aku lagi terharu..
    Kamu memang best..
    Sporting dan friendly..
    Macam 1B tue kita punya.. hahaha~

    Rating aku tuk MHH.. 9/10.. haha~
    Mana bleh bagi perfect2.. haha~

  5. Ya Rabb ~ semoga ikatan kita semua berkekalan hingga akhirnya ..

    mohon maaf juga kalau aku ada terkasar bahasa, n terlebih gaya waktu gath tu ..

    sayang WSB , sayang wasaber semua ..

    :n :t :q

  6. waahhh kemain kamu yaaa

    ;p~

    jeless memang sbb x dpt join.

    lalolaaa~

    bila mau turun ke tawau pula?
    cuti2 semporna kah?

    berani?

    ;p~

  7. EB says:

    Waa bestnya..
    Xpa xpa.. nnti lau sa balik sbh blh jmpa kalian smua.. hahaha...

  8. piweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet
    ASYIK BANA
    PALING MANNANG
    SANTIKI DULU :q

  9. hehehe sorry aa sy x join p kbox..insyaAllah bulan 5 nnt sy join dari A to Z bak kata farah,,..hehe..btw, its really nice to meet all of u.. ^^

  10. Fullamak...ini jadi memori termanis aku dalam tahun 2011....dan semoga Gath akan datang pada bulan 5 ni akan jadi lebih riuh dan lebih ramai yang datang.Amin..hidup WSb!!!!

  11. jelesnya...hahaha..
    paling manang !
    =)

  12. Kalau tahu korang sampai pukul 6, awl2 aku pi cari korang ptg2 tu. kahkahkah.

  13. GiveAsh says:

    wah ruginya aku ndak dapat join..

  14. wewitt...nice one la..

    mmg aku syg la wsb ni..hehe..hope dpt join gath mei nti pla..XD

    :s

  15. laziras says:

    best owh kamu, insyaAllah next time di layan bah...

  16. siokkk nya :) bah nanti war2kan bila ada gathering lagi ok ^^ kita mo ikuttttt ngengenge

  17. tim says:

    mini gath best..!!
    thank u for those great times

  18. Adney says:

    cam best ja. nanti ku join la kalau ada lagi :a

  19. Alfian J. says:

    @Adney
    bukan syok..SANGAT SYOK..nt klu ada nt..join ya..:)

  20. zydande says:

    ahahaha..terasa ku bab time management tu tau..
    siap kana soun oleh admin suru dtg awl, kalu inda kena kasi putus...

    yg pntting mini gath memang paling manang.!! asyiikkkkk~!!

  21. Alfian J. says:

    @zydande
    Ahahahaha..kena kasi putus ka..nasib ko dtg jaid..btmbh gak kuantiti lelaki..:k

  22. okey fine ! nda dapat pergi . huhu . sedikit kejelesan ada di situ . harap maklum . haha

  23. Alfian J. says:

    @atiEy_[azHa]
    neh..itu la tia p..ehehe..nt bln 5 ada lg ba..:a

  24. ana says:

    bulan 5 ada lagi???d mana????buat d tawau bha lagi,......

  25. Alfian says:

    @ana
    Iya, bln 5 ni ada lg..cek info ttg MAY GATH disini ya : MAY GATH.

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB