Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Blog aku, suka hati aku la apa aku mau tulis!

26 comments
Salam blogging semua! Lama suda kita ndak sharing is caring dalam segmen tips-tips ni kan. Tugas pejabat dan aktiviti luar membuatkan idea saya sedikit terbantut untuk mengarang di sini. Baiklah, dipendekkan cerita saja lah; kali ini saya ingin berkongsi satu tips penulisan blog yang bertajuk Blog aku, suka hati aku la apa aku mau tulis!.
Kita sedia maklum dengan pelbagai pancaroba liku-liku sebagai blogger di alam maya ini. Pelbagai agenda, kisah dan teladan telah dihidangkan kita oleh pak cik Google kita begitu juga puluhan gosip dan nama-nama blogger yang panas dan penuh kontroversi naik di paparan skrin dengan popularnya semasa kita blogwalking (macam Kak Buah Epal, si Datin dan macam-macam lagi lah yang saya pun tak berapa ikuti pekembangan mereka sangat) dan tidak juga ketinggalan yang masuk dalam Buletin Utama, TV3 (ini kes politik la). Pelbagai kisah dan kepanasan mewarnai google reader kita oleh seribu satu kisah blogger-blogger yang kita follow ni. Ada kisah yang bermoral dan ada juga kisah yang menjengkelkan samada ditulis sendiri oleh blogger itu mahupun di copy-paste dari blog lain. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri untuk menulisnya atau kita untuk membacanya.

Ya. Memang benar istilah "Blog aku, suka hati aku la apa aku mau tulis!" namun di sebalik kekerasan istilah itu, tersembunyi satu kesan yang amat membekas di masa hadapan nanti.

Kita ambil satu contoh; blog si Datin (yang sudah ditutup itu). Mungkin ada yang ingat blog ini, mungkin ada yang lupa. Mungkin ada juga yang tidak pernah dengar mahupun tak tahu pun blogger ini. Apa pun, demi menjaga perasaan dan nama sesetengah pihak, saya tak lah mahu mengulas lebih tentah blog dan blogger tersebut (siapa-siapa yang mau tahu lebih lanjut, kasi tinggal saja komen di bawah. Ada tu yang rajin memberikan info).
Ops! Sorry ya gambarnya keterlampauan. Saya cuma ingin menggambarkan situasi sebenarnya.
Selepas beberapa entri-entri panas dan berkontroversinya itu, akhirnya dia pun menutup blog tersebut yang telah memberikan impak yang teramatlah besar dalam kehidupannya. Ada yang mencaci dirinya namun ada juga yang memberikan nasihat dan kata-kata semangat padanya. Apa pun ia, tindakannya menutup blog tersebut adalah satu tindakan yang bijak.

Oleh itu, kita ambil pengajaran dalam kisah ini. Ya, bukan juga kita semua mahu menulis se-daring dan seberaninya. Tapi kita perlulah sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita postkan dalam blog kita. Dulu saya juga adalah blogger tegar seperti yang lain, tegar mengasi tau apa saya buat, di mana saya berada, siapa chenta sejati saya, berapa kuat saya menchentai dia, bagaimana kami bertemu dan macam-macam detail lagi.

Tapi selepas memfollow beberapa blog, terutamanya blog yang lebih berfikiran matang dan kebanyakannya blog-blog luar negara, saya telah belajar bagaimana untuk menjadi blogger yang selamat. Ya! Itulah matlamat kita dalam dunia blog maya ini (kecualilah anda ini sememangnya berniat untuk menjadi blogger berkontroversi).

Oleh yang demikian, berikut adalah senarai tips untuk menjadi blogger yang selamat;
  • Jangan terlalu kerap memberitahu di mana anda berada
  • Jangan terlalu kerap menulis apa perasaan negatif yang sedang anda lalui
  • Jangan terlalu kerap memberitahu siapa mereka di sekeliling anda
  • Jangan terlalu kerap memberitahu bagaimana anda lalui hari-hari anda dengan penuh perinci
  • Jangan terlalu kerap memberitahu berapa banyak perbelanjaan dan status kewangan anda (macam show off la dengan segala gadget yang mahal-mahal dan bling-bling tu)
Kesilapan begini memang kita sering lakukan tanpa kita sedari sepanjang kita berblogging sedangkan ia sebenarnya mampu mengundang bahaya yang tidak berbau. Kesilapan ini akan memungkinkan;
  • Pemangsa boleh merancang tempat yang stratergik untuk menyerang anda melalui informasi di mana anda seringkali berada
  • Pembaca boleh berfikiran negatif dengan perangai atau sifat peribadi anda melalui penulisan negatif anda
  • Pemangsa boleh merancang stratergi membahayakan keluarga atau rakan-rakan sekeliling anda melalui informasi mereka yang anda tulis di dalam blog anda
  • Pemangsa dapat mengesan jejak dan aktiviti harian anda dengan mudah
  • Pemangsa mudah mencari sasaran utama dengan mudah melalui status anda yang menarik (contohnya macam: kalau blogger tu kaya, pemangsa boleh rompak dia. Kalau blogger tu cantik, pemangsa mungkin berfikiran untuk meng'gogol'nya juga!)
Sebenarnya saya sendiri telah melalui beberapa pengalaman seperti yang saya nyatakan di atas (tapi tidaklah sampai bab-bab mau di'gogol' atau dirompak tu - na'uzubillah min zaliq). Kisahnya adalah dimana syarikat tempat saya berkerja telah dikecam oleh beberapa pihak pesaing syarikat kami dan blog saya (di mana saya sering ceritakan tentang hasil-hasil kerja saya, di mana saya berkerja dan juga menyebut beberapa rakan sepejabat saya) hampir-hampir menjadi bahan untuk memutar-belitkan keadaan terhadap pihak kami. Namun begitu, berkat doa dan usaha saya men-sensor-kan semua yang berkaitan dengan kejadian ini, blog peribadi saya telah pun terselamat dari permasalahan ini. Phew!



Sejak dari itulah saya mulai menukar style penulisan saya kepada lebih bentuk yang privacy dan misterius yang hanya dikhususkan untuk perkongsian seni dan persaan yang lebih universal dengan hanya menyelitkan 10% detail peribadi saya. Gambar wajah saya dan mereka-mereka di sekeliling saya juga telah saya kurangkan begitu juga menyebut nama-nama asal mereka di sekeliling saya.

Menjadi anonymous adalah lebih baik daripada membahayakan diri sendiri.

Wah! Panjang juga saya tulis, ya! Oleh yang demikian, mari kita buang yang keruh ambil yang jernih. Tepuk dada, tanya selera. Blog la apa saja, tapi BUKAN semuanya!




Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 

26 Respon dari Wasaber.

  1. Zurina J. says:

    I do agree with this! Good article Finie! Congrats & Thanks! :)

  2. PK says:

    suka hati gua lah!!!

  3. PK says:

    komen pun gua suka hati juga nih.!

  4. PK says:

    demmmm..nda ter-anon pulak komen pertama tu.

  5. Syahrinz says:

    apa cer si datin tu?xpernah dgr la..kenapa dia tutup blog?dia mcm hjh sitiwatever tu ka?atau kerna dia menulis kisah peribadi? (wakakakk..trus ditanya bh..)

  6. PK - Sangat lutchu!HAHAHA

    Syahrinz - Anu ba..c datin tu mengisahkan kisah hidupnya tanpa sensor2..kasian juga dia..

  7. Syahrinz says:

    kasian?knpa kasian?apa yg tlh tjd?ish..suspen eh..

  8. nice entri..
    ada pgajaran juga utk semua ^_^

  9. naaa..sy x tau apa2 ni psl datin tu.ketara betul sy ni memblog utk diri sendiri.hihi..btq, sy suka artikel ni.maka, harus dpt pengajaran jgn leptak gmbr byk;D

  10. Alfian J. says:

    Alamak Finie. I suke la isi entri ni. Nda payah la telampau dihapdet status tu. bukan artis. artis tu len la. ada lg sekuriti jaga drg. haha!

  11. Betul...ada sorang blogger yg sa kenal, dia ckap blog dia utk melepaskan geram saja..sampai tak bagitau URL dia dan sering tukar2, jadi apa guna berblog kalau mcm tu..

  12. thebeybeh says:

    ya kan. baru aku prasan. haha
    tingu entri dolu2 mcm mw padam jak rasa.

  13. v says:

    Sangat munasabah :) well said.

  14. wahhh..sy sgt suka entry ni! terima kasih.. sy akn ikt tips2 nya.. ^^

  15. bole juga la ba tulis kasi tmpat lepas2 geram..tp jgn la kasi tau identiti kita sebenar..pkai la nama pura,n jgn simpan gmbr sbnar kita..biar org tertanya2.. :)

  16. nice entri tho! thanx 4 da tips. ^^,

  17. nowriz says:

    ok thanks for the tips.. lepas ni sy mo jadi misterius la juga kunu.. maka, hahaha,, habis la sy!!!

  18. Ekkem says:

    aku setuju sangat bro...blug kita jua kan napa jua orang mo kisah...tapi kadang2 persepsi org tu mau jua dikisah kan...jadi aku sokong safe blogging :)

  19. jamal says:

    Yang penting pandai jaga diri.. Online pon maw jaga diri juga..

  20. dwaty says:

    betul tu... nda payahla mau details sangat.... aku pun kalau letak nama kawan... aku takkan letak nama penuh dorg... kita pun kenala jaga privasi dorg juga kan... nasib baikla... semua entri aku jrg yang sensitif dan negatif... aku berblog ni pun coz aku mau jadikan kenangan yang boleh dikenang sampai bila2...

  21. saya setuju juga dengan entry di atas nih C: saya pun x tahu sepa datin tuh, ketaralah masih di bwah tempurung. hi hi hi hi

  22. Mitchie says:

    emmmm sekarang mana2 pun orang asyik2 update apa2 seja yang muncul d kepala....aduiii telampau open pun susah jugak~ macam2 terkeluar..hahhaha

  23. ah~~bahaya di mana2...last2 benda tu berbalik pada diri sendiri...aih~

  24. setuju dengan entry ini :)

  25. Iera Raro says:

    Yep. What you said is true. Just found this article hihi!

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB