Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!
Yaa, bertemu lagi di sesi 'Blog of The Month' atau akronimnya BOTM bersama saya pengacara sempoi khas BOTM WSB. Kali ini, Edisi Jun 2011 menyusul. Edisi Mei tidak dijalankan seperti biasa kerana penangan WSB May Gath baru-baru ini. Rugi woo siapa yang nda datang. Melepas cupcake yang sedap mata memandang, lagi sedap mulut memakan. Haha!
SYABAS dan TAHNIAH kepada Admins atas kejayaan penganjuran WSB May Gath. Begitu juga buat para Wasaber yang hadir memaknakan lagi Gathering ini. Bukan mudah untuk menganjurkan dan menghadirkan diri ke sesuatu aktiviti itu. Bagi yang terlepas peluang, insya Allah kita jumpa lagi sempena Ulang Tahun Pertama WSB jika tiada aral membujur mematahkan hajat. Mana tahu kalau ada rezeki lebih, kita buat ala-ala kenduri doa selamat, kan. Boleh juga merasa air tangan sumandak-sumandak WSB, haha! XD
Okay, balik mengenai prolog BOTM Jun 2011. Imbas kembali kenangan-kenangan bersama BOTM yang sebelum ini, BOTM bagi tahun ini ada beberapa perbezaan ketara berbanding tahun yang sudah. Pertama, tema. Kedua, bilangan pemenang. Ketiga, wawancara khas bersama pemenang. Perbezaan yang seterusnya, sila baca di sini, ehe.
Sedar tak sedar, kita sudah berada di pertengahan tahun 2011. Begitu juga bagi BOTM, edisi Jun merupakan BOTM yang ke-8 diadakan.
Sempena BOTM Jun 2011 ini, beberapa perubahan yang agak drastik akan mula dilaksanakan. Boleh kira suatu kejutan lah juga, ehe. Harap ianya mampu memeriahkan dan memberikan pengalaman BOTM yang istimewa lagi indah kepada segenap lapisan ahli WSB. Terasa kelainannya.
Antara perubahan yang telah dirancang [dan bakal dilaksanakan] ialah;
1. Tema BOTM telah ditetapkan lebih awal sedikit. Ini memberi peluang kepada ahli WSB yang berminat untuk membuat persiapan yang sewajarnya,
2. Posisi Juri Jemputan diwujudkan. Ini membantu Juri Tetap untuk membuat penilaian dan secara langsung, ia sebenarnya suatu penghormatan kepada mereka yang menjadi Juri Jemputan, dan
3. Aktiviti BOTM dibuka kepada semua ahli WSB termasuklah Admin, Krew, dan Juri dalam WSB. Cuma, pemenang BOTM tidak akan dipilih dari kalangan Juri yang terlibat dalam aktiviti BOTM tersebut.
Dengan ini, saya mengumumkan tema bagi BOTM kali ini ialah "BAHASA IBUNDA".
Penerangan lanjut tentang kriteria dan syarat penyertaan bagi BOTM Bahasa Ibunda ini akan diperincikan lagi di pengumuman yang akan datang. Dalam jadual, insya Allah Isnin ini pengumumannya.
Bagaimana, adakah ini mengujakan anda? Yeahhh! \(^_^)/
Krew Aktiviti
Komuniti WSB
teruja ! hehehe ^^
bahasa sabah ka?
:)
ndak pandai aku sgt yg bahasa halusnya.
bahasa pasarnya boleh la...
@Amiirah-Cassan
Yeahhh! :s
@catherine-
Iyup, bahasa ibunda bagi kaum2 yang ada di Sabah ni.. Tidak kira kaum yang majoriti, minoriti dll. Kalaupun kaum tu asal luar Sabah, nda apa yang penting jadi orang Sabah sudah.
Nah okay bah juga tu yang pasar2 punya.. Manatau yang lagi halus2 punya ada nanti, hua3.. :q
punya laah bikin teruja neyh..nda sabar mau tggu pgumumannya..ngeheh
ckp cmna tu? haha.. ikt bangsa ka? naa matai..hahaha
Macam mana ne? Bapa sy bajau, tp ic sy melayu? Alamak. hehe
Saya juga teruja! :n
kalau bahasa ibunda yang macam bahasa melayu besa , bole ka?
waww! hehehe
:q
@syafeika edora
Ikut mana2 bangsa yang ada di Sabah ni, ehe. Katalah kita bangsa Dusun, tapi campin cakap Brunei. Jadi, tulis dengan Brunei pun okay juga..
@Cahya Qasehnya
Tanya balik JPN. Bangsa ikut Bapa.. ^^,
@Doress Scholastica
Rasanya tu luar kategori dengan apa yang dimaksudkan oleh BOTM Jun ni. W/pun ada orang Sabah yang berbangsa Melayu [sebab lahir n lama tinggal di Sabah], tujuan BOTM Ini ialah untuk bahasa2 ibunda bagi kaum/bangsa selain Melayu.. Sebab, rasa macam tiada keunikan kalau asyik BM, BI, BM, BI... Adanya bahasa ibunda ni, ia memberi peluang untuk kita belajar sikit2 pasal bahasa bangsa lain.. Di Sabah ni ada kepelbagaian identiti+budaya bangsa yang ketara berbanding di Semenanjung, contohnya. ^^,