Pasti Wasaber semua sedia maklum tentang bantuan RM500 kepada isi rumah yang layak. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
• Warganegara Malaysia;
• Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
• Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
• Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
• Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
Dokumen yang diperlukan
• MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
• Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
• Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.
Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun pada pautan di bawah dan di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my.
*Lampiran #1 yang perlu dihantar, lampiran #2 sebagai panduan mengisi borang.
Pembayaran bantuan wang tunai RM500 ini hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2011.
Cara Mengisi Borang
*Lampiran #1 yang perlu dihantar, lampiran #2 sebagai panduan mengisi borang.
Pembayaran bantuan wang tunai RM500 ini hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2011.
Cara Mengisi Borang
• Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen.
• Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
• Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Bilik Operasi Bajet,
Aras 10, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
[sumber : MOF & LHDN]
Bagus ini barang..
saya share d blog saya... :)
@Ema
Ok Ema, boleh saja. :)
ini barang bagus utk 2 bulan la..tp dlm masa 5 tahun,semua harga barang naik utk cover balik duit ni...
5.8 juta (rumah yg layak terima bantuan ini) x RM500 = ini la jumlah duit 'ajaib' ntah dari mana kerajaan dpt..krajaan hutang dr negara2 kaya (spt USA,Britain,Saudi dll).kononnya lawatan rasmi padahal mau pinjam duit.
laptop 1 Malaysia yg student dapat, lain lagi RM100 sorg bg SEMUA pelajar sekolah sluruh malaysia (kira la ada berapa org pelajar d msia ni).dari mana datangnya duit ni semua?fuh~negara kita kaya. semua orang mampu beli bawang merah RM2 utk 5 ulas!
@Anonymous
Hmm, masuk akal. Apa kan daya. Sudah termaktub semua.
Nice Post about Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Thanks for the blog filled with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for. Now my task has become as easy as ABC. bshr 2019