Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Ulasan BOTM April dan Special BOTM April

17 comments
Salam semua! Mesti semua da menerima keputusan rasmi BOTM April semalam selepas admin kita Samizul.net umumkan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya dalam BOTM kali ini.

Seperti yang telah kami nilai dan bincangkan  bersama, BOTM April baru-baru ni cukup mencabar buat kami kerana ia melibatkan tugas blogwalking terhadap senarai blog-blog WSB yang banyak. Tidak ada blog yang terlepas dari kunjungan dan penilaian kami. Persaingan itu memang sengit. Selepas genap sepurnama sebulan kami bertungkus lumus untuk membuat perhitungan, maka The Oranje pun telah berjaya menambat hati kami untuk menjadi pemenang BOTM April kali ini. Tahniah sekali lagi. Diikuti juga dengan pemenang ke-2 dan ke-3 yang cukup hebat dan menarik.


BOTM April 1#
Aiseh! Suda di-announce ba banner dia..hehe..tahniah!

BOTM 2#

BOTM 3#

Baiklah, post kali ini bukanlah untuk mengumumkan sekali lagi para pemenang tetapi adalah untuk membuat ulasan mengenai rumusan keseluruhan sepanjang kami membuat kunjungan ke blog anda.

Kalau tak silap, hampir atau lebih dari 100 blog telah kami kunjungi dan nilai. Tidak kiralah blog lelaki, blog wanita, diary-blog, shop-blog, news-blog dan macam-macamlah jenis blog telah kami terjah. Sememangnya semua berlumba-lumba untuk menampilkan rekaan terbaik sekali dengan pelbagai warna-warni dan widget yang comel-comel belaka.

Namun begitu, seperti yang pernah kita bincangkan sebelum ini, masih ramai lagi yang menggunakan elemen-elemen kurang mantap mahupun agak berlebihan dalam rekaan blog masing-masing. Sikap terlalu obses dengan pelbagai widget yang apabila dicampur-adukkan menyebabkan ketidak keseimbangan ruang akan berlaku (orang kita panggil; telampau semak) dan ini membuatkan kami terpaska memberikan markah yang seadanya (maafkan kami). Tetapi kami tetap menghormati pemilihan anda kerana blog anda adalah hak milik peribadi anda.

Saya juga agak terkejut kerana rata-rata blogger lelaki di antara kita ini amat berbakat dan bijak dalam mereka (men-design orang kita bilang) blog! Tahniah saya ucapkan! Secara peribadi saya katakan di sini, pandai juga kamu menghias ya! Boleh tahan kamu ni! Buat para blogger wanita, marilah kita ramai-ramai jenguk blog mereka untuk membuat rujukan dan dapatkan inspirasi dari hasil mereka. Blog diorang memang menarik! Aiseh! Teruskan usaha anda!

Selain daripada itu juga, saya dan para admin WSB sukacitanya ingin mengumumkan sebuah lagi blog yang cukup menarik perhatian kami dan telah kami berikan gelaran BLOG ISTIMEWA atau Special BOTM April. Blog tersebut adalah;

andyhowtt.com
Pada awalnya, saya dan para juri ingin memilih blog ini sebagai BOTM April tetapi oleh kerana blog ini tidak memenuhi syarat ahli WSB rasmi (iaitu tidak meletakkan banner rasmi WSB di ruang blog beliau), kami tidak dapat memberikan gelaran BOTM tersebut kepada beliau.

Menurut salah seorang admin kita, beliau ini bukanlah ahli WSB rasmi tetapi amat aktif dalam blog WSB seperti memberi komen dan lain-lain. Kami pun hairan. Tujuan saya untuk mengumumkan Special BOTM yang belum pernah dilakukan pada BOTM sebelum ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada para blogger khususnya kepada para WSB dalam rekaan blog kerana rekaan blog anyhowtt ini benar-benar menarik perhatian saya sebagai krew grafik WSB!


Bincang-bincang admin


Akhir kata daripada saya, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada para WSB yang menang dan terpilih. Kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Teruskan usaha anda kerana BOTM seterusnya akan menyusul tidak lama lagi. Majulah WSB untuk Sabahan!





Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 


17 Respon dari Wasaber.

  1. ehem2.. dengan ini saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan tahniah kepada wasabers yg berjaya. aiseh :)

  2. Cho says:

    ke 3-3 blog mmg terbaik. mmg berhak untuk menang. sy ska dengan design durang yg teratur & minimalist. but personally, i like blog number 2 and 3 sbb guna background putih (maybe just me) senang mo membaca + paling pnting no auto musik (and again, maybe just me)

  3. woahh, congretz untuk semua pemenang..
    kepada yg lain, sila berusaha lagi d masa akan datang termasuk untuk diriku sendiri..

    hahaha

  4. @cho...mmg sy pun suka pada blog yg background putih..tp pada stengah masa n keadaan, background hitam jg ssuai klu d padankan dgn tulisan berwana terang utk mnghasilkan kontra (antara gelap dan terang)..background yg gelap amat membantu dlm penyelarasan cayaha terhadap mata kita (org kita bilang, ndak silau ba)..hehehe...jd, blog yg mnang kali ni amat sesuai dr segi rekaan dan faktor biologi..hehehe

  5. Pink Diva says:

    Just wanna say Congratulations To all have chosen..

  6. yaa itu diaa pemenang dan ulasannya.

    blog the orange mmg tersenarai antara blog kegemaran saya. tp dia sudah jarang update sbb bz exam kan? suruh dia rajin2 update ya... hehe...

    rinduuu~

  7. Cho says:

    @Finie Ramos

    btl2, sy sukung. tu la sebab sy ckp "maybe just me" sbb mata sy rabun, ngeh3. inda berapa ngam dengan warna hitam. but overall, The Oranje still deserve to be a winner.

  8. :n tepuk2 tangan untuk Andy HOWTT & Ariez & Nana & Mikko :) congrats~~~ hehehe

  9. Tahniah !! sebut pasal updated? wahh..keja manyak sgt lah susah dpt full time dgn blog..huhu

  10. Tahniah gink, like semua BOTM! :)

  11. :n SYABAS n TAHNIAHHH! ;q Harap BOTM kali ini dapat membawa manfaat besar macam yang aku sebut sebelum ni, ehe. Wasaber, terutamanya yang baru ja masuk dalam keluarga WSB ni, boleh tanya2 terus kalau ada apa2 permasalahan okay.. Manatau ada yang kamu nda faham kah. WSB ada ramai pakar ni sini... :i

    @Finie: Memang mantoplah special review mu ni Pini. Aku fikir lepas kau konvo baru kau pos. Rupanya sekarang. Mesti taip n terus pos ni kan, hua2.. Gambar tu pun panjang2.. Musykil aku camna kau crop, ehe3..

    Nota : Palingg mananggg = Blogger lelaki WSB. Kambang sab aku eh.. Muahua3! :l

  12. Ohya pasal BOTM yang seterusnya, mungkin ditangguhkan sementara sebab fokus untuk WSB Day alias WSB May Gath. Paling awal pun, dalam bulan Jun mula. Yang cun, Julai lah. Maksudnya, BOTM Mei n Jun mungkin xda.. Tapi ni belum rasmi okay.. :k

  13. uits..btul bha suma blog kena terjah...adeii..sya pnya pn kena tingu la tue..adui..malunyaa...ahaha...bida nie bha...ahaa...anywy congratz to all winner...=P

  14. apa saja says:

    semua blog pun cantik semua pun menang hehehe....

  15. @samizul...timakaseh..aku mmg mau post awal2 ba sb excited btul mau tulis..huhu

    gmbr tu pnjg2 sb skrin opis ku kn besar..1680px tu lebar dia. sb tu la snang mau buat printscreen...

  16. tampilan blog nomor dua, nomor satu adalah isi blog. Bermanfaat atau tidak bagi pembaca,,


    Salam kenal :D

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB