Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

BOTM April 2011 : Tip Dibongkar!

15 comments
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber!

Seperti yang diumumkan sebelum ini, aktiviti Blog of The Month [BOTM] bagi edisi April 2011 adalah bertemakan 'Blog Pilihan'. Jadi, untuk menjadi BOTM bagi bulan ini, blog Wasaber perlulah menepati kriteria dan syarat untuk menjadi 'Blog Pilihan' sebagaimana yang kami umumkan di sini.

"Wasaber hendaklah mempunyai blog yang menepati ciri-ciri sebuah blog 'contoh' atau yang terbaik menurut tip yang disebut oleh Krew Grafik WSB kita, 'FR'."

Baik, sebelum menulis lanjut, MSS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi terima kasih kepada para Wasaber yang sudi meninggalkan komen di artikel BOTM April 2011 yang lalu serta mereka yang bertanyakan soalan. MSS harap, segala kemusykilan telah mendapat pencerahan - berupa penjelasan - terus di ruang komen artikel tersebut.


Kata Kunci

Sudah tahu dan kenal siapakah Krew Grafik WSB kita? Rasanya semua sudah tahu bah kan. Jadi, tidak perlulah MSS promosikan perkenalkan dia lagi kan, ehe. Kalau ada yang tidak tahu, jangan risau. Teruskan membaca.


Ciri Umum Yang Dinilai

Ada lima ciri umum yang pihak Krew gunakan untuk menentukan pemenang. Ianya meliputi; 1) Reka bentuk, 2) Reka letak, 3) Reaksi Pengunjung, 4) Keaktifan, dan 5) Kandungan.


Tip Dari FR [Krew Grafik WSB]

Tip ini adalah aspek atau perkara PALING UTAMA yang pihak Krew ketengahkan. Maksudnya, sekiranya seseorang Wasaber yang blognya menepati tip yang dikongsikan oleh FR, maka Wasaber tersebut berpeluang tinggi untuk menjadi BOTM kali ini. Tip ini membawa skor markah 80% dan 20% lagi adalah untuk dua ciri umum iaitu reaksi pengunjung dan keaktifan di blog tersebut.

Terdapat tujuh [7] tip yang dikongsikan oleh FR yang menunjukkan ciri Rekaan Laman [Web Design] yang kurang baik. Berikut MSS dedahkan tip-tip tadi secara ringkas.

01. Latar Belakang
- Gabungan warna yang tidak kontra menyebabkan pembacaan terganggu.
- Animasi latar belakang yang berulang dan mengganggu pembacaan.

02. Penggunaan Animasi Berulang
- Animated Bullet atau yang sejenis dengannya tidak digalakkan untuk digunakan semasa membuat List.
- Teks Beranimasi perlu dielakkan.

03. Music Widget
- Tiadanya butang Pause / Stop pada Widget.
- Banyak Multimedia Widget dalam satu paparan. Contoh : Music Box + Picture Slide + YouTube Video. 
- Lebih baik Widget ini tiada supaya melajukan proses memuatkan [loading process] blog.

04. Tempoh Load Page Yang Lama / Lambat. Puncanya:
- Penggunaan gambar Background yang terlalu besar.
- Penggunaan Widget yang sangat banyak.
- Link-link iklan yang terlalu banyak.
- Header blog yang sangat besar.

05. Kelebaran Blog
- Elakkan Scroll-Bar Button.
- Art of Arrangement.

06. Susunan Perenggan Yang Baik
- Ada perenggan di samping warna latar yang baik.
- Elakkan Read More [guna fungsi Jump Page di menu Posting].
- Bilangan pos yang minimum di paparan utama [Homepage].
- Menggunakan widget yang menghubungkan artikel terdahulu seperti LinkWithin dan Related Blog Post.
- Menggunakan widget Blog Label dan Blog Archive.

07. Kredit Gambar [Isu Hakcipta]
- Ada Add Caption
- Link [untuk rujukan atau kredit kepada pemilik asal]
- [Tambahan] Kaedah kongsi gambar tanpa perlu Upload 

Sekali lagi, semua tip di atas hanyalah ringkasan sahaja. Sila baca versi penuh setiap tip dari FR di sini.


Bagaimana Pemenang Ditentukan?

Seperti biasa, pemenang adalah di kalangan calon pemenang. Dan calon pemenang ini asalnya adalah peserta aktiviti. Uniknya BOTM kali ini ialah tidak memerlukan 'borang penyertaan'. Maksudnya, semua Wasaber secara automatik sudah menjadi peserta. Namun, memandangkan WSB kini mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, maka Krew mengambil pendekatan untuk memilih peserta yang terbaik di kalangan Wasaber. Peserta yang terbaik ialah mereka yang jelas aktif di medium Komuniti WSB khususnya di Pages Facebook. Keutamaan diberikan kepada blogger yang baru diterima masuk secara rasmi menjadi Wasaber dan mereka ini adalah aktif. Tetapi, blogger yang sudah lama diterima masuk juga tetap dinilai sama seperti biasa.

Seramai tiga orang Krew akan memberikan senarai blog pilihan mereka masing-masing, dan senarai ini akan dipendekkan menjadi senarai Calon Pemenang. Senarai ini amat bergantung dengan bilangan blog yang melepasi syarat kelayakan minimum BOTM kali ini.

Senarai Calon Pemenang ini akan diumumkan seawal-awalnya pada 26.04.2011 bersamaan hari Selasa nanti. Tujuannya untuk memberikan semangat kepada calon di samping Wasaber yang lain dapat mengetahui siapakah bakal pemenang BOTM. Mana tahu ada yang sudi tolong-tolong decorate atau bagi semangat perangsang supaya blog si kawan tadi tambah lebih mantap, ehe.

Cukup panjang sudah MSS menulis. Sampai ketemu lagi di masa akan datang. Selamat Maju Jaya kepada semua Wasaber yang berusaha untuk menjadi BOTM Edisi April 2011. Selamat Berjaya!

Nota : Agak-agaklah kan, blog Wasaber yang ini boleh jadi BOTM kali ni kah? Cuba dulu kamu cubuk [intai] dia di sini..

15 Respon dari Wasaber.

  1. blog saya nda da ciri2 hebat diatas
    ~.~

  2. aque pun ndak dapat masuk :f

  3. yelemek,,,xda harapan la sa ne... =D

  4. hElfiS says:

    sa pun nda menepati ciri2 di atas :b

    *mau tanya WSB ne..sa mau tambah lg logo wsb tp npa mcm xda suda tu rr..mna mau dpt tu???

  5. huhu~ x ciri2 di atas blog ku niy,. huhu

  6. tity says:

    naa...aktif pun x kalau saya...tiada harapan lah ni.

  7. Boleh bagi tips2 macam mana mau aktif di Pages Facebook? Sebab saya pernah membaca details berkaitan WSB bercerita mengenai members2 tidak beramah mesra seperti dahulu. Kebanyakan mereka cuma mau mempromosikan blog mereka dengan letak link sahaja.. Bagi tips2 bah supaya saya pun boleh aktif. Terima Kasih WSB

  8. Unknown says:

    @Diana Diane Teo
    Hai Diana.. v(^^,) Sebenarnya, hal bermesra ni nda perlukan tip sangat. Okay, Diana sudah tahu mereka yang tidak/kurang mesra ialah mereka yang hanya promosi letak pautan artikel terbaru atau pautan blog mereka. Lepas letak, blah. Datang lagi lain masa, begitu juga.. Letak pautan, pastu blah dan begitulah seterusnya..

    Contoh bermesra sesama Wasaber ni = Aktif memberi komen terhadap satu2 isu atau post sama ada dari Admin atau Wasaber yang lain, tanya khabar, Like status/post/gambar, tanya2 pasal post yang Wasaber post di Wall, ikut Discussions n banyak lagilah. Cuba tengok kelakuan Wasaber yang aktif di sana dalam 2 3 hari dan kamu akan faham apa yang saya maksudkan.

    Dalam BOTM ni kami nilai yang aktif. Maksudnya, sama ada mesra atau tidak, tetap kami kunjungi untuk nilai. Tapi kami [krew yang menilai] ada tiga orang. Jadi, kami masing2 ada pilihan dan sebab tersendiri memilih mana2 Wasaber untuk menjadi calon pilihan krew. Kami bertiga kemudiannya akan kumpul senarai masing2, pastu kami review sama2 untuk cari mana yang layak jadi calon pemenang. Kalau saya, saya lawat saja blog Wasaber itu walaupun dia amat jarag sekali bermesra dengan Wasaber yang lain.

    :k

  9. Anonymous says:

    macam nda mampu layak aku tau.....

  10. Zurina J. says:

    wohoo! aku tepuk² tgn sak la dr siring...ehehehe.

  11. blog saya biasa2 ja.. tpi rasanya x bole masuk ni juga..huhu

  12. ui,,jangan la bha sumer cakap nda dpt masuk....semangat la bha ckit,,hehehe..

  13. Macam tidak layak ja ni huhu.

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB