Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Selamat Datang Ramadhan!

6 comments
Bismillahirrohmanirrohim... 

Assalamu'alaikum & salam menjelang Ramadhan wasaber sekalian! 

Pejam celik, pejam celik, bulan Ramadhan datang lagi..!! Tidak kira yang beragama Islam atau bukan beragama Islam, pasti merasakan suatu perasaan yang sukar untuk diluahkan bila tiba saja bulan ini. Kan? Nda payahlah susah-susah terangkan, ayuh kita nikmati sajalah perasaan ini..:D

Apa macam? Sudah bersediakah kamurang untuk menjalani bulan Ramadhan yang bakal menjelang? Harap-harapnya wasaber sekalian sudah bersedia untuk memasuki fasa-fasa Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita semua mendapat Ramadhan yang jauh lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Semoga rahmat & kasih sayang Allah sentiasa mengekori kita semua ke mana pun kita hayunkan langkah kita. Semoga rezeki menjadi bertambah-tambah murah & barokah. Semoga masalah-masalah yang dihadapi menjadi mudah dengan bantuan & rahmat kasih sayang Allah. Pokoknya semoga yang baik-baik saja untuk kita semua. Aamiin ya Allah aamiin ~~

Di kesempatan yang pendek ini, pihak WSB ingin mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433H" yang bakal menjelang beberapa hari lagi. 

Sebagai maklum, Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia sudah bagi keluar kenyataan rasmi tentang tarikh melihat / mencerap anak bulan Ramadhan & Syawal, seperti berikut: 

- Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadhan {Penetapan Awal Puasa 2012} pada 19 Julai 2012 dan, 
- Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal {Penetapan Hari Raya Aidilfitri 2012} pada 18 Ogos 2012 

Selain itu, jadual imsak & jadual berbuka puasa puasa pun sudah kena bagi keluar. Cek sini: Waktu Imsak & Berbuka Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1433H.

Berdebar-debar pula jadinya kan? Macam mahu jumpa bakal ibu & bapa mertua pun ada. Okaylah sebelum menutup entri ini, pihak WSB sekali lagi mendoakan agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Mohon ampun atas segala salah & silap atau sebarang keterlanjuran dalam keadaan sedar mahupun tidak. Jangan tinggal puasa sengaja-sengaja ya {1}.

Akhir kalam, Salam Ramadhan Wasaber!! :D 


Nota 1: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," [Surah Al-Baqarah: 183]
Nota 2: sungkai sama-sama? Bah! :)


ZRn
Saya sayang WSB, saya sayang wasaber!

6 Respon dari Wasaber.

  1. Unknown says:

    Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua Wasaber =)

  2. Unknown says:

    Selamat Berpuasa :)

  3. Unknown says:

    selamat berpuasa wasaber! :)

  4. Selamat berpuasa kpd rakan2 Muslim di WASABER. Juga semua pelawat blog ini.

  5. Jefry says:

    tidak terasa kita sudha meninggalkan bulan Ramadhan dan sekarang ini sudah menginjak tahun baru 2013, semota ditahun 2013 kita masih memiliki kesempatan untuk merasakan dan menikmati indahnya Ramadhan
    Selamat Tahun Baru 2013...

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB