Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamu'alaikum & salam menjelang Ramadhan wasaber sekalian!
Pejam celik, pejam celik, bulan Ramadhan datang lagi..!! Tidak kira yang beragama Islam atau bukan beragama Islam, pasti merasakan suatu perasaan yang sukar untuk diluahkan bila tiba saja bulan ini. Kan? Nda payahlah susah-susah terangkan, ayuh kita nikmati sajalah perasaan ini..:D
Apa macam? Sudah bersediakah kamurang untuk menjalani bulan Ramadhan
yang bakal menjelang? Harap-harapnya wasaber sekalian sudah bersedia
untuk memasuki fasa-fasa Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita semua
mendapat Ramadhan yang jauh lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.
Semoga rahmat & kasih sayang Allah sentiasa mengekori kita semua ke
mana pun kita hayunkan langkah kita. Semoga rezeki menjadi
bertambah-tambah murah & barokah. Semoga masalah-masalah yang
dihadapi menjadi mudah dengan bantuan & rahmat kasih sayang Allah.
Pokoknya semoga yang baik-baik saja untuk kita semua. Aamiin ya Allah
aamiin ~~
Di
kesempatan yang pendek ini, pihak WSB ingin mengambil peluang untuk
mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433H" yang bakal
menjelang beberapa hari lagi.
Sebagai maklum, Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia sudah bagi keluar kenyataan rasmi tentang tarikh melihat / mencerap anak bulan Ramadhan & Syawal, seperti berikut:
- Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadhan {Penetapan Awal Puasa 2012} pada 19 Julai 2012 dan,
- Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal {Penetapan Hari Raya Aidilfitri 2012}
pada 18 Ogos 2012
Selain itu, jadual imsak & jadual berbuka puasa puasa pun sudah kena bagi keluar. Cek sini: Waktu Imsak & Berbuka Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1433H.
Berdebar-debar pula jadinya kan? Macam mahu jumpa bakal ibu & bapa mertua pun ada. Okaylah sebelum menutup entri ini, pihak WSB sekali lagi mendoakan agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Mohon ampun atas segala salah & silap atau sebarang keterlanjuran dalam keadaan sedar mahupun tidak. Jangan tinggal puasa sengaja-sengaja ya {1}.
Akhir kalam, Salam Ramadhan Wasaber!! :D
Nota 1: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," [Surah Al-Baqarah: 183]
Nota 2: sungkai sama-sama? Bah! :)
ZRn
Saya sayang WSB, saya sayang wasaber!
salam ramadhan
Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua Wasaber =)
Selamat Berpuasa :)
selamat berpuasa wasaber! :)
Selamat berpuasa kpd rakan2 Muslim di WASABER. Juga semua pelawat blog ini.
tidak terasa kita sudha meninggalkan bulan Ramadhan dan sekarang ini sudah menginjak tahun baru 2013, semota ditahun 2013 kita masih memiliki kesempatan untuk merasakan dan menikmati indahnya Ramadhan
Selamat Tahun Baru 2013...