Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Konvoi Walimah Wasaber #1: Si Keciq

10 comments
Bismillahirrohmanirrohim... 

Assalamu'alaikum & salam sejahtera! 

Terkejut? Ya, kalian memang patut terkejut. Sebab ini entri pertama dalam bulan ini semenjak penghujung bulan Februari yang lalu. Berbulan-bulan tidak diupdate. Berhabuk sungguh! Oleh itu, diharap entri ini akan mengubat rindu-rindu buat yang sudah rindu. Siapa? Kaulah bah, yang sedang baca ni. Kalau nda rindu mesti nda baca kan.

Apa kabar kamurang? Harap wasaber sekalian dalam keadaan yang sihat-sihat & bahagia-bahagia selalu hendaknya. Mahu ndamau mahu, kita semua terpaksa akui WSB semakin sunyi & tidak seaktif yang dulu. Iyalah, semua wasaber semakin sibuk dengan tanggungjawab masing-masing, termasuk krew WSB sendiri. Tahun 2012 ini merupakan tahun yang sangat sibuk bagi ramai individu, di mana-mana pun. Kan? Tetapi, pihak WSB tidak lupa untuk mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada wasaber-wasaber yang sangat setia, sentiasa menghulur bantuan & berganding bahu dengan pihak WSB untuk terus menghidupkan & memeriahkan lagi komuniti ini. Macam-macam usaha dibuat. Contohnya Mini Gath di KL, From Wasaber to Wasaber, 10 Fakta tentang Wasaber, dan banyak lagi. Pihak WSB sangat terharu, terima kasih yang tidak terhingga! :D

Baiklah, entri pada kali ini ringkas sahaja, tapi akan cuba dipadat-padatkan. Seperti yang tertulis di kepala entri, pada 10 Jun yang baru sahaja berlalu, pihak WSB telah menjayakan konvoi ke walimah perkahwinan salah seorang wasaber. Salah seorang "loyal wasaber" yang pada awal penubuhannya sangat aktif & telah menyumbang banyak kepada WSB, tidak kira dari sokongan mental mahupun fizikal.


Siti Zahidah Rahimin atau nama timangannya, Keciq telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati yang dicintai. Alhamdulillah... Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat, kekal hingga ke Syurga. “Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan kepada apa-apa yang diberikanNya kepadamu, serta semoga Allah menghimpun kalian berdua di dalam kebaikan” Aamiin..:D 

Sepanjang perjalanan ke rumah mempelai, agak mencabar juga. Dengan cuaca hujan yang tidak henti sejak Subuh, banjir kilat di mana-mana, jammed, semuanya jadi ujian & dugaan yang terpaksa diredah oleh para wasaber yang hadir. Pun begitu, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bila tiba di rumah mempelai, ngam-ngam diorang baru mahu bersanding. Berbaju biru. Comel. 

Hamidi ❤ Zahidah

Selepas makan-makan, barulah kami {para wasaber} dapat berjumpa & bersalaman-salaman dengan mempelai. Di antara yang turut berkonvoi ialah Alfian {Founder WSB}, Ahmad Safwan Idrus, Zurina, Nrul Hearty, Atiqah Ruhaizad, Beybeh Awang, Evon. Serta 3 orang teman kepada wasaber: Safiah, Azyan & Ijat. {Rujuk gambar untuk kenal}. Sempat bergambar lagi. Ini di antara gambar-gambar yang sempat dirakam {ehsan dari wasaber Tiqah}. 

Berdiri dari kiri: Zurina, Nrul Hearty, Ijat. Duduk dari kiri: Azyan {tepotong}, Alfian, Safiah, Ahmad Safwan, Beybeh, Evon. Tiada dalam gambar: Atikah Ruhaizad {sedang ambil gambar}



Dari kiri: Evon, Ahmad Safwan, Ijat, Alfian, Hamidi, Keciq, Zurina, Azyan {adik kecil}, Safiah, Nrul Hearty, Beybey Awang, Atiqah Ruhaizad.

Snap kali ke-2

Ini sajalah gambar yang dapat dimuatnaik, sebab ini ja gambar yang molek untuk ditatap. Jealous? Iya, kalian harus jeles. Semenjak lebih setahun tidak bergathering, jadi ini kita anggap sebagai mini gathering pertama untuk tahun 2012. Mahu gathering kali ke-2? Boleh sangat.. Tapi sebelum tu cuba tanya diri sendiri, "Saya dapat join bergathering atau tidak?" Pihak WSB sangat mengalu-alukan cadangan-cadangan tarikh dari kalian. :D 

Jadi lepas ni kalau ada lagi wasaber yang akan melangsungkan perkahwinan, janganlah segan silu untuk menjemput pihak WSB. Pihak WSB pasti akan cuba untuk memeriahkan. Konvoi Walimah Wasaber #2, #3, #4, #5 dan seterusnya. Silap-silap ada wasaber + wasaber berkahwin, siapa tahu kan. Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua ya. Setiap hari, saat kita mendoakan kebaikan untuk diri kita, jangan lupa untuk mendoakan kebaikan untuk orang lain, juga.

Baiklah, dengan ini moleklah kiranya entri ini saya tutup di sini dengan ucapan "Salam penuh Kerinduan, WSB & wasaber"



 ZRn
Saya sayang WSB, saya sayang wasaber!



10 Respon dari Wasaber.

  1. wah siuknya..selamat pengantin baru ;)

  2. Anonymous says:

    yehaa!kelihatan muka ku yg x sedang basah di situ! :D first time jumpa kamu kamu dankamu (kecuali si beybeh!)

  3. Anonymous says:

    okeh salah saya lupa pdm X di atas. grr! sorry :D

  4. uhuks.....mat pgntin baru...

  5. IZWAN8389 says:

    Wahhhh kita gathering after raya.......kita konvoi ramai2 pg rumah wsb yg open house...coz aq konfom akan blk sabah tyme raya.....so blh lh aq join uda any activity..

  6. Haha, ini paling manang. Berkonvoi dalam hujan lebat, sampai di rumah pengantin baju sudah basah kuyup. Semua pun 1st time aku jumpa kecuali Alfian sama Zurina, huhu

  7. lama nyaaa tak masuk WSB ni..
    huhu..
    blogger lain2 pun daaa tak kenal..
    kena la round2 lepas ni taw..
    apa pn..
    tahniah laa pd ahli wasaber yg daa kawen :)

    bangga jap jd ahli wasaber. hehe

  8. mmg wsb sudah lama ndak update. ehhehe
    waahh selamat pengantin baru! :D

  9. selamat pengantin baru, walaupun lambat ternampak entri ni.

    Errr admin WSB, kerap-keraplah update site ni. Jarang2 sdh sa nmpk entri baru.

  10. salam..sorry buat kedua mempelai sebab ndak dapat datang tyme majlis..ada masalah yg xdapat dielak tyme tu..dan buat semua yg datang tu..memang jeles gilak aq...ndak dapat jmpa kamu smua wo..sedih hampa,kecewa dan duka ni...apapun untuk mereka yang akan kawin tu aq akan cuba tayang muka aq depan kamu smua sampai kamu rimas..hehehehe maen2 jak bha...(kenapa panjang betul??bagus aq buat entry trus..adei..) ok lah..lov u all

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB