Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

BOTM Mac: Sebulan dalam Seminit

16 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera para Wasaber!

Kepada Wasaber yang menyambut harijadi pada hari ini tanggal 29 Februari, SELAMAT ULANG TAHUN 4 kali setahun kami ucapkan. Maklumlah 29 Februari ni muncul dalam tempoh 4 tahun sekali. hehe. Kami krew WSB disini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada para Wasaber kerana pembatalan outing bersama Wasaber yang sepatutnya berlangsung pada 25 Februari 2012. Outing tersebut terpaksa dibatalkan kerana krew WSB perlu menyelesaikan hal tertentu dan tidak dapat dielakkan. Tapi dalam masa terdekat, outing WSB ini tetap akan dijalankan. Apa kata pada bulan Mac? Kamurang cadanglah haribulan bos. kehkeh.

Okay, berbalik ke slot BOTM. BOTM kini kembali lagi untuk bulan Mac setelah BOTM berehat pada bulan Februari. BOTM Mac ini dianggap mencabar, jadi para Wasaber yang suka cabaran, anda sangat dialu-alukan untuk menyahut cabaran BOTM kali ni. Ada berani?


TEMA: Sebulan dalam Seminit

Cabaran BOTM kali memerlukan anda bekerja dengan kamera. Nda kiralah kamera digital ka, kamera Henfon ka, kamera DSLR ka. Asal buli tangkap video. Apa yang perlu anda buat ialah:

• Rakam event yang kamu rasa menarik setiap hari dari 1 haribulan Mac hingga 30 haribulan Mac.

• Setelah berjaya mengambil video dari 1 haribulan Mac hingga 30 haribulan Mac, rangkumkan video tersebut menjadi sebuah video.

• Edit video tersebut sehingga menjadi seminit. Rakaman 2 saat untuk sehari, maka 30 hari 60 saat / seminit.

• Terpulang kepada anda untuk edit video tersebut, kreativiti diambil kira.

Kamurang bulilah tengok contoh video disini.


HADIAH BOTM MAC
BOTM Mac akan ditaja oleh Wasaber Aima. TERIMA KASIH AIMA! Lots of love.

Selesai buat entri, hantar penyertaan anda ke emel kami: contest@wsbmania.com

Selamat menempuhi cabaran bulan Mac! :)

16 Respon dari Wasaber.

  1. kalau sy ikut ni kompom la byk muka bdk skola seja ~.~...kekeke
    bha2 join kamurang! smoga brjaya ^^

  2. ~NiZa Maksit~: Teda masalah tu. Ko tangkap sak gambar bebudak tu. hehe. tapi lain-lain muka la tiap hari. 30 muka berbeza. kahkah!

    Zurina J. : Silakan join. klu beran la. kahkahkah!

  3. perghh mmg lain dr yg lain edisi BOTM kali nie..

  4. Cinoi says:

    Laanya menyepi baru harini ada entry (cewah macam pantun)

  5. tingu la dlu klu aku berjaya buat.. :')

  6. No doubt, a time consuming feat. But it is also a great challenge to take.

    Semoga berjaya kepada yg berminat!

  7. pergh...gila mencabar..kalau sy ikut ni kompom air saja ni yg nmpk coz hr2 keja ngan air....huhu

    gud luck kamurang...

  8. hahahah..bah guna ja phone mahal2 amik video tu..hahahahaha....pas tu terus upload ;->

  9. Zurina J. says:

    Sayalah paling beran. Tinguk yg lain semua wish good luck sama saya. Confirm kah sudah saya menang ni? hehe.

  10. kak gojes says:

    alalalal..sy nda pandai edit2 oooo

  11. Nana says:

    saya pun tidak pndai edit tue gia.. ajar buli kah?? he

  12. bobby, x jd ka aritu? ingtkn jadi huhu..
    uiii kalo jd, gtau la..
    gtau di komen2 blog haha
    kalau hari bekerja, xdpt buka FB :P

Respon Anda...

Jangan tengok jak bah! Dikomen terusss!! :D

Nota : Pakai bahasa Sabah pun bulih bah! :)

Let's share your views with other Wasabers at WSB Community Forum.

Boleh gunakan tag HTML berikut: <b>, <i>, <a>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB