Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Pemenang BOTM : Edisi Februari "Tema Cinta"

14 comments

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

BOTM Edisi Februari dirasakan amat panjang perjalanannya walaupun bilangan hari dalam Februari adalah yang paling sedikit berbanding bulan-bulan yang lain.

WSB mengambil 'risiko' untuk mencuba pendekatan baharu dalam misi untuk meneroka inisiatif yang lebih unik, istimewa, dan tentunya untuk merayakan tautan kita sebagai satu 'keluarga maya' iaitu WSB. Pihak WSB khususnya Krew Aktiviti memohon maaf sekiranya pendekatan atau percubaan ini dirasakan tidak menarik dan menyusahkan Wasaber.

Aktif Wasaber Edisi Februari

29 comments
Bulan Februari berlalu dengan tema cinta. Ramai juga Wasaber yang bercintan-cintun sepanjang bulan lepas. Ini terbukti dengan penyertaan yang memberangsangkan pada BOTM edisi Februari. Rupanya Wasaber memang terdiri dari kalangan yang jiwang. Ehehe.

Dalam tempoh 28 hari pada bulan Februari lalu, tersenarailah beberapa Wasaber yang dilihat aktif dalam komuniti WSB. Kecergasan serta kerajinan inilah yang menyumbang kepada kelangsungan nadi WSB sehingga sekarang. TAHNIAH Wasaber!

Jadi WSB akan memperkenalkan calon-calon yang terpilih yang mana telah bergiat aktif sepanjang bulan Februari. Mari kita tinguk siapa yang kena!

BOTM Februari 2011: FINALIS!

16 comments
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Sedar tak sedar, Februari telah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana Februari kamu Wasaber? Adakah ianya indah dan membahagiakan dek putik-putik semangat cinta? Atau mungkin, semakin hari semakin sayangkan admin WSB?

Oh, romantisnya. Moga ikatan yang dibina semakin subur, mekar mewangi. Boleh tahan juga ramainya Wasaber yang berjiwang-jiwang dan jadi jiwang. Memang menjadilah tema Cinta tu kan, muahuahuahua!

Sempena tema BOTM bulan lalu, saya ingin berkongsi satu madah yang diabadikan kepada saya daripada seorang rakan [jantina = xx] semasa menengah dahulu. Ini apa yang saya ingatlah... Nanti betulkan kalau silap, ehe.

Apa beza Cinta, Kasih, dan Sayang?

Cinta : Ada Kasih, Sayang dan rindu.
Kasih : Ada Sayang, dan tidak semestinya ada Cinta
Sayang : Ada Kasih, dan sedikit Cinta




Wasaber Pada 28 Februari 2011

48 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera para Wasaber~

WSB kini semakin membesar. Kini keluarga kita di WSB bukan keluarga biasa-biasa tapi kita merupakan sebuah keluarga yang besar dengan ahli-ahli yang semakin bertambah. Statistik menunjukkan peningkatan ahli WSB atau Wasaber terus meningkat. Kepada Wasaber baru tu diharapkan  terus memberi sokongan padu kepada WSB. Bukan sekadar menyertai WSB untuk mempromosikan blog anda semata-mata tetapi jadikan WSB sebagai medium untuk anda berkongsi tentang dunia blogging atau apa-apa sahaja. 

Kita di WSB ibarat keluarga yang besar iaitu sejumlah 536 orang Wasaber berdaftar, 841 orang Like pada WSB fan page di Facebook dan follower pada blog WSB seramai 777 orang (setakat 11.45 malam pada 28 Februari 2011). Pencapaian ini sangat memberangsangkan. Hidup WSB!

Ayuh terus kepada poster kita pada minggu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB