Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini
Showing posts with label PERUTUSAN. Show all posts
Showing posts with label PERUTUSAN. Show all posts

Selamat Hari Malaysia ke - 49 : Sebarkan Mesej Cinta

5 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Wasaber khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Hari ini 16 September merupakan tarikh bersejarah bagi negara kita tercinta Malaysia iaitu ulangtahun penubuhan Malaysia di antara Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun, Singapura keluar dari gagasan Malaysia pada tahun 1965. Kekallah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai Malaysia sehingga kini. SELAMAT ULANGTAHUN MALAYSIA!

Namun sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu yang menjadi perhatian kita atas pelbagai dasar dan kaedah. Walaupun begitu, isu-isu tersebut tidak sehingga mengganggu gugat keadaan kita yang cintakan damai. Rakyat Malaysia kan terkenal dengan sikap toleransinya. Syukur Alhamdulillah! Pasti ramai yang sedar ia mainan politik. Kita sebagai rakyat marhaen harus bijak membuat keputusan terbaik dan bukan bertindak melulu sehingga kelihatan seperti tidak bertamadun. Dan kita harus sedar juga, pihak pembangkang yang kuat baik untuk sesebuah negara demokrasi, kekurangan pihak pemerintah akan terus dipersoal, maka dari situ pemerintah akan terus berusaha memperbaiki kelemahan dan memenuhi keperluan rakyat secara setimpal dan bukan hanya mengambil hati tetapi lebih kepada keputusan yang mengambil kira jangka masa panjang rakyat Malaysia. 

Marilah kita sama-sama seluruh rakyat Malaysia melaungkan perasaan bangga dan cinta kepada tanah air kita yang begitu sejahtera dan aman. Dirgahayu Malaysia & Selamat Hari Malaysia!


WSB MALAYSIA

Mood Raya: 1433 M / 2012H

5 comments
Bismillahiirrohmanirrohim... 

Assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh & salam mesra wasaber sekalian...


Sedar nda sedar Ramadhan sudah hampir tiba kepada penghujung untuk melabuhkan tirainya & Syawal pula akan mengambil alih. Di mana-mana kedengaran lagu raya berkumandang. Di corong-corong radio, di pusat membeli-belah, di pasar Ramadhan, mahupun di rumah kita sendiri. Dengan itu secara automatiknya, mood untuk berhari raya pun tersuntik. 

Jadi kamurang? Sudah beli baju baru untuk Syawal tahun ini? Apa warna tema kamurang? Berapa pasang? Berapa RM? Oppps, berbaju baru semasa Hari Raya itu sunnah Nabi, tapi jangan sampai melebih-lebih pula. Jangan sampai membazir. 

Mungkin kadang-kadang kita nda perasan yang kita sudah membuat beberapa kesilapan untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Oleh itu, hari ini pihak WSB ingin mengambil sedikit ruang untuk berkongsi tips berguna semasa berbelanja untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Pada yang belum membuat sebarang persiapan, bolehlah rujuk tips berguna ini. Manakala pada yang sudah ter-over berbelanja tu, fikir-fikirkanlah sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada tahun-tahun yang seterusnya. Ya... 

Tips ringkas & mudah ini dipetik dari kata-kata salah seorang pakar kewangan bertauliah di Malaysia & dikagumi ramai, Tuan Shamsuddin Kadir (gambar).


Ehsan dari akaun facebook beliau
*****

TIPS 1:

Bismillah. Perbelanjaan yang meningkatkan tahap stres kepada tetamu yang datang ke rumah kita :
1. Langsir baru
2. Sofa baru
3. Meja makan baru
4. Bekas isi kuih baru
5. Pakaian tuan rumah yang terlebih cantik (Iaitu pakaian yang ada labuci)
6. Kereta baru
7. Telivesyen baru

Tetamu tertekan, kerana merasa rendah diri di atas kekurangan yang ada pada diri mereka, kerana tidak mampu menyediakan perkara yang sama di rumah mereka. Tetamu merasa tertekan dan segan untuk menjemput tuan rumah yang mereka kunjungi itu supaya datang ke rumah mereka juga selepas ini. 

Apabila pakaian kita lebih dari sekadar pakaian baru, individu yang bertemu dengan kita merasakan rendah diri, kerana baju kita terutama pakaian wanita yang sebahagiannya sarat dengan labuci, labu air dan labu sayung yang membuatkan orang lain rasa rendah diri dan sebolehnya tidak mahu bercakap lama dengan kita.

Perhiasaan seperti emas juga mencederakan emosi tetamu dan invididu yang perlu berjumpa dengan kita, yang tidak mempunyai rantai emas sebesar dan seberat yang kita pakai. Bagi membuatkan orang lain suka berbicara dan mendampingi kita, elakkan memakai perhiasan emas dan 'brooch' yang terlebih-lebih. Cukup sekadar sebentuk cincin, seutas tali leher dan gelang tangan.

Untuk membuatkan kita tidak dicemburui ataupun membuatkan orang lain tidak cedera emosi, persembahkan diri kita dengan hiasan dan pakaian yang kurang berbanding apa yang orang lain pakai.

Insyaa Allah tip ini bukan sahaja membantu orang lain suka sangat berbicara dengan kita, dan yang lebih penting juga duit kita selamat dari perbelanjaan yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin.


TIPS 2:

Saya tertarik dengan sebuah drama di TV3, pada hari sabtu ataupun ahad yang lalu, di mana pengaruh baju raya, langsir raya, rantai emas raya sehingga sanggup mengorbankan nyawa seorang individu yang bernama ayah. Kisah ini sebenarnya adalah realiti yang masih berlaku, walaupun sudah berkurangan. Disunatkan memakai baju baru pada hari raya, dan bukannya baju raya. Terdapat perbezaan antara baju baru dan baju raya. Baju baru sekadar baju baru, yang kita biasa beli pada bulan-bulan lain. Baju raya adalah baju yang luar biasa dengan tujuan, supaya orang kagum dengan kecantikan baju yang dipakai oleh si pemakainya.

Beli baju baru, apabila kita ada duit, jika tiada tidak mengapa, pakai baju lama, ustaz memberitahu sah solat Aidilfitri kita.

Saya tertarik berkongsi kisah satu pasangan keluarga yang membeli sepasang baju baru untuk raya bagi setiap anaknya- Sebaik sahaja hari raya pertama berakhir, ibubapa itu membasuh baju anak-anaknya itu dan di simpan dalam almari dan baju sama digunakan semula untuk 2 kali raya lagi. Ini bermakna sepasang baju yang sama digunakan untuk 3 tahun. Sekarang ibubapa itu memiliki 7 geran tanah, dan mempunyai 6 orang anak. Setiap anaknya diberikan satu geran tanah. Semuanya hasil dari berjimat sewaktu susah.

Mohon izin untuk ceritakan kisah peribadi sedikit: Ada anak saya, yang pakai kasut yang lama untuk hari raya tahun ini, kerana kasut itu masih elok. Hanya pakaian baru dibeli bagi mendapat pahala sunnah. Saya bercita-cita untuk tidak membeli baju baru untuk diri sendiri pada tahun ini seperti mana yang saya lakukan hampir pada setiap tahun sebelum ini bagi menyatakan sokongan kepada yang tidak mampu membelinya.

Hanya baju solat aidilfitri sahaja yang baru, itupun ianya dihadiahkan oleh Tuan Nizar.

Mohon ampun di atas perkongsian hal peribadi di sini. Ianya sekadar menyokong kepada individu yang tidak mampu menyediakan baju baru ketika raya tahun ini.

*****

Semoga kita sama-sama mendapat kebaikannya. Jangan asyik sibuk membuat persiapan Hari Raya, sampai lupa mencari lailatulqadar. Bersederhana adalah jalan paling selamat. Jangan sampai mencederakan emosi orang lain, kerana kelak emosi kita juga akan dicederakan orang lain. Allah lebih tahu..:) 


Nota: di penghujung-penghujung Ramadhan ini, pihak WSB ingin memohon kemaafan atas segala salah & silap yang dilakukan dalam keadaan sedar mahupun tidak. Maafkan kami.... 



ZRn 
Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua ;)

Selamat Datang Ramadhan!

6 comments
Bismillahirrohmanirrohim... 

Assalamu'alaikum & salam menjelang Ramadhan wasaber sekalian! 

Pejam celik, pejam celik, bulan Ramadhan datang lagi..!! Tidak kira yang beragama Islam atau bukan beragama Islam, pasti merasakan suatu perasaan yang sukar untuk diluahkan bila tiba saja bulan ini. Kan? Nda payahlah susah-susah terangkan, ayuh kita nikmati sajalah perasaan ini..:D

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H!

3 comments
Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 1432 Hijrah dalam kalendar Islam. Menjelang lewat petang nanti (menjelang waktu solat fardhu Maghrib), hari pertama tahun 1433 Hijrah akan menyusul. Bermulalah 1 Muharram 1433H.


Sumber : [greencastle]
Tazkirah pilihan bersempena Ma'al Hijrah 1433H : [01] [02]


Justeru, kami Tim Krew WSB mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua Wasaber yang menyambut Tahun Baru Hijrah ini. Semoga detik-detik waktu yang berlalu telah diisi dengan amal dan amalan yang bermanfaat lagi menambahkan koleksi pahala.


Nota: Tim WSB juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat bercuti dan selamat berkonvokesyen kepada Wasaber yang baru sahaja, sedang, dan sedikit masa lagi akan bergraduan. Syabas dan Tahniah diucapkan! d(^^,)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H

5 comments
Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Hari Raya Aidil Adha atau biasa disebut sebagai Hari Raya Haji merupakan perayaan mega kedua utama bagi umat Islam selepas Hari Raya Aidil Fitri. Apa yang membezakan kedua-dua perayaan ini ialah; Hari Raya Aidil Fitri disambut bersempena perlaksanaan ibadah Puasa (dan ibadah lainnya) di bulan Ramadhan, manakala Hari Raya Aidil Adha disambut bersempena pelaksanaan Ibadah Haji di bulan Zulhijjah dalam kalendar Hijrah Islam.

Bagi tahun ini, tarikh Hari Raya Aidil Adha disambut pada 06 November 2011 (Esok). Kita akan bercuti umum sehingga Isnin ini kerana cuti umum Raya Haji jatuh pada hari pelepasan am.

Dikesempatan ini, Tim WSB mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H kepada Wasaber dan seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada. Bagi Wasaber yang berniat ingin melaksanakan ibadah Korban / Qurban atau Akikah, jangan lupa untuk memaklumkannya kepada yang lain sama ada di laman ini atau di laman Facebook WSB.



-Perutusan Khas CEO WSB-

Assalamualaikum w.b.t. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Wasaber. Kumpulkan amal selagi termampu untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Sempena Hari Raya Aidiladha ini, kami dari seluruh warga krew WSB mengharapkan agar para Wasaber dapat meraikannya dengan jiwa yang bersih samada bersama atau di perantauan. Kalau ada yang mampu untuk menyediakan qurban tu, lakukannya kerana Allah. Jika Nabi Ibrahim sanggup dan Nabi Ismail taat menurut perintah, kenapa tidak kita berkorban sedikit wang ringgit bagi yang mampu. Ok, sampai disini dahulu. Diharap Wasaber bergembira di hari raya yang mulia ini hendaknya. SELAMAT HARI RAYA HAJI!


Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti! \(^_^)/

Angka Unik Pengikut WSB : 1234

16 comments
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera Wasabers!

Beberapa hgari yang lalu kami telah mengeluarkan video Aktif Wasaber: Edisi Merdeka-Raya. Ok juga kah video tu? Tahniah kepada yang terpilih. Anda memang layak!

Hari ini pengikut WSB telah mencecah angka yang unik. 1234. Bermaksud WSB kini punyai pengikut seramai 1234 orang pada webpage ini. (Rujuk widget 'The Loyals' di bahagian bawah kiri.)


Mesti ada yang hairan kan, angka yang unik pun mahu bikin entri kah? hehe. Bukan apa, entri ini sebagai pembakar semangat kita untuk terus memberi sokongan, dorongan serta maju dan terus maju dari masa ke semasa. Walaupun pengikut 1234 orang bukanlah angka yang besar jika dibandingkan dengan pengikut blog popular yang lain, namun setiap kejayaan itu bermula dari bawah. Barulah indah kejayaan untuk dikecapi.

WSB dalam perancangan merangka beberapa aktiviti 'dalam talian' bersama Wasaber. Peraduan 'Blog of the Month' akan dibuka bulan hadapan. Bersedia Wasaber! =)

"Once Wasaber, always Wasaber" [^^,]

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA WSB!!!

14 comments
Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian...!!! ;D

Sudah lebih sebulan WSB menjadi sunyi di laman ini kerana tiadanya artikel atau kemasan terbaru. 

Kami memohon ribuan kemaafan atas kelemahan ini. Persiapan dan agenda masing-masing semasa bulan puasa dan Hari Raya benar-benar mencemburui kami untuk bergerak aktif bersama Wasaber sekalian.

Di kesempatan ini, WSB ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua Wasaber yang merayakan Hari Kemenangan setelah sebulan berpuasa. Ada Wasaber yang buat rumah terbuka khas untuk WSB+Wasaber kah? XD



SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA WASABER!

13 comments
Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Sumber n Kredit : iluvislam

Syukur kehadratNya kita semua diberikan lagi peluang untuk menghirup udara nikmat Ramadhan pada tahun ini.

Hari ini telah genap seminggu rakan-rakan Wasaber yang beragama Islam menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa di samping amal ibadah yang lain seperti bersahur, berbuka, bertarawih dan sebagainya. Malah, kemeriahan suasana ini juga sedikit sebanyak dikongsi oleh rakan-rakan Wasaber yang bukan beragama Islam yang mungkin turut sama berpuasa dengan cara masing-masing selain meluangkan masa mengunjungi bazar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan rahmat.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan segala kebaikan dan amal kebajikan yang kita lakukan mendapat hidayah petunjuk dan dicatit untuk menerima ganjaran terbaik disisiNya.

"Bekerjalah seolah-olah akan hidup selamanya dan beribadahlah seolah-olah akan mati keesokan harinya".



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

&

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


~ Ikhlas Daripada : Pengasas dan Krew Komuniti WSB ~



Ucapan Khas Ramadhan Krew WSB*:
*Kalau ada krew lain buat juga, kasitau di komen ya. Nanti update sini, ehe.. d(^^,)


Nota : Kalau ada mana-mana Wasaber yang mau spend untuk 'Jom Sungkai / Moreh Wasaber!', jangan lupa capat-capat kasitau sama boss aa.. Capat-capat bilang sebab nda lama lagi ni Raya ging.. XP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Label

Geng WSB