Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Komik WSB: 20122010

12 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber!

Ini adalah gathering pertama WSB yang dihadiri hanya 6 orang Wasaber. 6 ORANG SAHAJA. Tapi perjumpaan dan perkenalan tu amat bermakna. Wasaber jumpa Wasaber, gamatlah jawabnya. Mini gathering tersebut telah dikomikkan untuk menyampaikan aturcara perjumpaan tersebut dengan santai dan ringan. Jom layan!

Klik gambar untuk pengimejan fungsi zoom~


#Vlog mini-gath:20122010

Ada Wasaber yang tanya bila lagi mau buat gathering? Bah, setelah sekian lama Wasaber tidak berhimpun bersama, maka kemungkinan besar Februari depan WSB akan mengadakan mini gath. Pastikan Wasaber ada masa terluang Februari depan. Sebarang info akan diberitahu dari semasa ke semasa.

WSB yOu!

Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

7 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber.
Pasti Wasaber semua sedia maklum tentang bantuan RM500 kepada isi rumah yang layak. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.


Individu Yang Layak

• Warganegara Malaysia;

• Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

• Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

• Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)

• Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;



Dokumen yang diperlukan
• MyKad / Kad Polis / Kad Tentera

• Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

• Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun pada pautan di bawah dan di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my.



*Lampiran #1 yang perlu dihantar, lampiran #2 sebagai panduan mengisi borang.

Pembayaran bantuan wang tunai RM500 ini hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2011.


Cara Mengisi Borang
• Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen.

• Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.

• Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet,
Aras 10, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.

1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

[sumber : MOF & LHDN]

Banner Untuk Pemenang BOTM : Nama Pura

8 comments
Assalamualaikum dan salam mesra Wasaber.

Krew grafik WSB iaitu Wasaber Affinie A. Ramos telah menghasilkan banner yang menawan ini untuk dilekat pada blog pemenang BOTM : Nama Pura. Kepada Wasaber yang berkenaan, bolehlah ambil HTML banner ni ya. TAHNIAH sekali lagi. 







Lawa kah? Kalau lawa, kasi 'Like' sikit. Ramaikan BOTM : Edisi Disember yang temanya "Tempat Bersejarah". Pakat join ramai-ramai bah. hehe.

kredit: Affinie A. Ramos


p/s: Pemenang belom bagi alamat lagi oo.

Pemenang BOTM : Nama Pura

17 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Lama juga proses penilaian diambil untuk memilih pemenang bagi BOTM : Nama Pura. Dengan 10 orang peserta, memang amat sukar bagi juri membuat keputusan kerana rata-rata memang hebat-hebat belaka. Tanpa berlengahkan lagi, kita teruskan kepada pengumuman pemenangnya. Siapa Bakal Menang?

Okay, secara jujurnya memang markah para peserta tidak jauh sangat bezanya. Maklumlah, semua yang join ni otai Wasaber kebanyakkannya. hehe


PEMENANG

PERTAMA: Oyoi'e [entri]

KEDUA: Dang Iwan [entri]

KETIGA: Inang [entri]

TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!!


Nama pememang pun pakai Nama Pura jak, maklumlah tema BOTM kan Nama Pura. Kepada pemenang bolehlah berikan alamat anda disini untuk tujuan penghantaran hadiah. Penaja bagi BOTM : Nama Pura ialah SUKA collections. TERIMA KASIH SUKA collections. {kasi 'Like' ramai-ramai page SUKA} 

Ada yang tahu tempat ke-4, ke-5 dan ke-6 memandangkan markah sangat sengit? Iyalah, sikit jak lagi mahu menang, tengok-tengok kalah beberapa markah jak. hehe.

Tempat ke-4: Nana Morgan,
Tempat ke-5: Samizul, dan
Tempat ke-6: Mohd Saiful Amin.

Jangan berputus asa ya. Ketiga-tiga mereka ni mempunyai markah yang rapat-rapat. Bilang orang Sabah, "Tiada nasib ging". hehe. 

Coba lagi di "BOTM : Tempat Bersejarahku". Penaja BOTM tersebut ialah Datin Lina Ramsah. Lumayan tu hadiahnya. jangan lepaskan peluang anda. :)


*Kalau ada sudi menjadi penaja, jangan segan jangan malu ya. Berbakti kepada anak jati Sabah. (^^,)
**Mau promote aktiviti di kawasan anda seperti Pesta Jagung, Pesta Bagandang dll, sila ke pautan ini.

Kriteria BOTM Disember 2011 : Kawasan Bersejarah

15 comments
Salam bercuti WSBers semua! Mesti semuanya sedang ber-gumbira dengan keluarga dan sahabat handai di kampung halaman. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ber-enjoy sakan, janganlah mogok sedih pula ya. Lain kali ada lagi.

Oleh yang demikian, sempena musim cuti sakan ini maka diisytiharkan BOTM kali ini agak mencabar sedikitlah hendaknya. Ianya bertajuk seperti yang berikut;

KISAH DISEBALIK (nama tempat)
Contohnya: Kisah Disebalik Taman Peringatan Peperangan Sandakan


Nampak macam senang saja, kan? Tapi jangan dulu anda memetik jari dan bilang "Eh, sannang baitu!". Caranya begini:

Anda perlulah menulis sebuah essay mengenai sejarah tempat menarik yang paling YANG ADA DI KAMPUNG HALAMAN / DAERAH ANDA LAWATI. Anda juga boleh memilih pusat perlancongan / peranginan yang kurang terkenal tetapi perlu diperkenalkan kepada pembaca.

Ala, sambil-sambil bercuti-cuti  dan berpicnik tu, apa kata kita luangkan masa mengimbas kembali atau mengkaji sejarah tempat yang anda lawati tersebut. Sekurang-kurangnya, bukan sahaja boleh mengupdate profile photo facebook tetapi boleh juga mengupdate blog anda untuk dikongsikan kepada dunia dengan cara yang lebih informatif!

Namun begitu, berikut adalah SENARAI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DI PILIH sempena BOTM ini kerana tempat-tempat ini cukup terkenal sudah di Google. Orang putih pun banyak sudah yang datang pigi sini;

  1. Kinabalu Park, Kundasang
  2. Poring Hot Spring, Ranau
  3. Sepilok Rehabilitation Center, Sandakan 
  4. Sipadan Island, Semporna
  5. Tungku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu
  6. Simpang Mengayau, Kudat
  7. Sabah State Museum, Kota Kinabalu
  8. Sandakan Memorial Park
  9. Ranau Memorial Park
  10. 1Borneo Mall, Kota Kinabalu (dan mana-mana shopping mall sekitar bandar Kota Kinabalu)

Risau kamu sebab tempat-tempat di atas kena banned? Ala, banyak ba tempat menarik di Sabah yang ramai ndak tau. Contohnya macam di Inanam ada air terjun Kiansom, di Tungku ada Sahabat Beach Resort, ada lagi tu pantai yang ada sekolah di siringnya tu di Tungku (lupa suda apa nama tempat tu). Ada lagi air terjun di Tawau tu yang tesenarai antara air terjun tertinggi di Malaysia (itu pun lupa suda saya namanya). Di Keningau ada Gunung Mas yang banyak monyet tu (tersenarai antara tempat paling sejuk di Malaysia), Jalan Apin-apin Keningau lagi yang merupakan jalan paling lurus di Sabah (tak silap di Malaysia).

Penulis di salah satu papan tanda
di terminal kereta api klasik, Petagas.
Sebagai contoh; secara fizikal, Putatan tidak mempunyai banyak tempat menarik/cantik untuk dilawati. Namun begitu, kisah disebalik nama 'Putatan' itu sendiri menyimpan sebuah sejarah menarik yang boleh dikongsikan bersama. Untuk mengetahui kisahnya, sila klik gambar di sebelah yang betabiat itu. Ada tu sejarah nama Putatan tertulis disitu.

Manakala jalan raya terlurus di Apin-apin, Keningau tu kisahnya; ia merupakan landasan kapal terbang tentera Jepun pada perang dunia ke-2 yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya. Sebab itulah ia lurus memanjang semacam saja. (Sumber; kisah nenek moyang)

Jadi, tidak semestinya tempat-tempat tersebut menarik kerana tempat itu cantik, boleh picnik-picnik, boleh bergambar posing bikin profile picture Facebook. Tapi nilai sejarahnya  juga boleh menjadi daya tarikannya yang tersendiri. Mungkin ada kisah-kisah disebalik tempat tersebut yang tidak ramai yang tahu boleh dikongsikan bersama. Tidak kiralah anda berada di mana sekali pun, sejarah yang tertulis disebalik tempat yang sedang membangun itu sememangnya sesuatu yang harus dikongsikan dan diingat selalu.

Secara ringkasnya, BOTM kita kali ini bukan sahaja berkisarkan mengenai warna-warna pusat percutian dan perlancongan yang indah dan menarik tetapi juga sejarah dan kisah lampau yang nostalgia mengenai tempat/kampung/daerah anda.

Untuk menyertai BOTM ini, anda perlulah menyertakan gambar-gambar ASLI tempat tersebut. ASLI yang dimaksudkan adalah gambar yang ANDA AMBIL SENDIRI. Untuk mengesahkan gambar tersebut diambil sendiri oleh anda, oleh itu perlulah ada wajah anda didalam gambar tersebut (bukti bahawa anda betul-betul melawat tempat itu dan bukan sekadar google images). Manakala gambar sampingan (contohnya gambar bersejarah; hitam putih / retro) dari google image adalah diizinkan.

3 pemenang akan diumumkan seminggu selepas Tahun Baru 2012. Pemenang akan menerima hadiah misteri yang sangat hebat!

Hadiah BOTM pada kali ni ditaja oleh Wasaber Lina Ramsah. Pemenang akan membawa pulang haiah khas dari Butiknya "I Love Oldies Boutiques". Yeeha!


Sebagai inspirasi penulisan anda, anda boleh rujuk DI SINI. Lebih kurang begini la essay tersebut. Penggunaan bahasa adalah BAHASA MELAYU ATAU ENGLISH LANGUAGE. Tapi sebaiknya English la supaya 1 dunia boleh baca.

Emelkan URL entri anda ke: contest@wsbmania.com sebelum tahun depan iaitu 1 Januari 2012.

SELAMAT BERCUTI SAMBIL MENGENANG KEMBALI SEJARAH!



Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 

Barang Baik

5 comments
Assalamu'alaikum & salam mesra Wasaber sekalian...

Bagi yang perasan, nama pengarang pada kali ini beda dengan nama-nama pengarang sebelum ini kan. Ya, ini entri pertama saya di ruang ini. Dan pada entri pertama ini, ringkas sahaja perkongsian dari saya. Saya ingin mengajak kalian kembali kepada perkara asas, mungkin ada yang terlupa atau mungkin juga ada yang tidak tahu. 

Berbalik kepada kepala entri di atas, saya yakin para wasaber pasti ada telefon bimbit bukan. Hanya dail nombor telefon yang tertera di bawah. Ada barang baik di sini:

 015 4871 5015


Nota: tiada sebarang cas dikenakan jika mendail no. telefon ini. Selamat menikmati barang baik! :)






SALAM MA'AL HIJRAH 1433H!

3 comments
Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 1432 Hijrah dalam kalendar Islam. Menjelang lewat petang nanti (menjelang waktu solat fardhu Maghrib), hari pertama tahun 1433 Hijrah akan menyusul. Bermulalah 1 Muharram 1433H.


Sumber : [greencastle]
Tazkirah pilihan bersempena Ma'al Hijrah 1433H : [01] [02]


Justeru, kami Tim Krew WSB mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua Wasaber yang menyambut Tahun Baru Hijrah ini. Semoga detik-detik waktu yang berlalu telah diisi dengan amal dan amalan yang bermanfaat lagi menambahkan koleksi pahala.


Nota: Tim WSB juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat bercuti dan selamat berkonvokesyen kepada Wasaber yang baru sahaja, sedang, dan sedikit masa lagi akan bergraduan. Syabas dan Tahniah diucapkan! d(^^,)

Khas untuk peminat K-Pop

7 comments
Salam semua. Atas permintaan, saya siarkan video yang sangat adorable ini kepada WSB khususnya WSB Muslim dan peminat K-Pop.

Sudah saya share ini di wall WSB tapi sayang kalau telimpas saja.


Third grade students at Chosun University can read Quran very well during the "Understanding Quran" class with Prof. Mahmoud Abdul Gaffar.
Ketika anak-anak muda kita melupakan Al-Quran, semakin ramai anak muda Korea mempelajari Al-Quran. Sehingga kini lebih daripada 30,000 rakyat Korea telah memilih Islam sebagai agama mereka. 

Seribu satu kata yang boleh diungkapkan untuk menceritakan kisah di sebalik video ini. Sama-sama kita ambil 'mutiara'nya.


Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 

Blog aku, suka hati aku la apa aku mau tulis! - PART 2

12 comments
Salam semua! Hari ni saya mau share sedikit mengenai sebuah kisah benar dari internet yang boleh kita ambil pengajaran seperti mana kita sudah bincangkan di topik kita yang lalu.

Mungkin ada suda yang pernah baca artikel ni. Apa pun,benda ni memang kita perlu tahu dan share sama-sama. Saya plan mau taruk saja di wall WSB di Facebook tu tapi takut plak ada yang ndak tebaca atau telimpas saja. Sayang informasi ni ndak tershare. Ba, mari kita baca ramai-ramai apakah kisahnya ni.


Gadis omputeh yang comel dan gebu ni bernama Angie Varona, berumur 18 tahun dan berasal dari Miami CSI, Amerika. Dia sangatlah femes terutamanya di Google Images dengan pose-pose seksi berhabisnya. Dia hanyalah remaja high school biasa di Amerika tetapi popularitinya setaraf dengan bintang porno internet sebaik sahaja akaun onlinenya kena hack dan ratusan gambar peribadinya tersebar di internet! (Tengok la sendiri gambarnya di Google Images ya. Maaf kalau ada yang tak senang. Kita ambil bikin pengajaran).

(Sudah tengok ka gambar-gambarnya di Google?) "Ala, biasa la ba. Orang puteh memang sudah biasa begambar macam tu. Apa ku kesah?". Ya, memang diorang memang sudah biasa begitu. Tapi, sekarang gadis ni sudah insaf atas keterlampauannya di internet sehinggah membuka aibnya sendiri.


Tak tahu la bagaimana dia boleh insaf tapi yang pastinya, segalanya sudah tak boleh di undo lagi. Keterlanjurannya yang melampau itu sudah tidak boleh dihapuskan. Ratusan imej mengaibkannya sudah tersebar di internet dan begitu juga puluhan blog, akaun Facebook  dan fan page palsu yang menggunakan namanya sudah di daftarkan di internet samada untuk kegunaan suka-suka, menjatuhkan maruah atau demi populariti.


Apa pun gadis ini sudah insaf. Dia terpaksa menanggung malu seumur hidup. Harap-harap dia tak buat lagi la. Mungkin banyak lagi posenya yang tidak dipaparkan di screen Google Image atas sebab-sebab 18sx tertentu yang telah ditutup oleh Google sendiri. 

Nah, pengajarannya di sini. Berhati-hati dan sentiasa berwaspada apabila berjalan dan berfoya-foya di alam maya ciptaan manusia ini. Segalanya cool belaka tetapi semuanya tidak ada Sirim marknya keselamatan yang boleh dipercayai. Menukar password blog atau Facebook anda setiap jam bukanlah satu jaminan yang kukuh untuk melindungi hak dan peribadi anda. Hackers macam saya ni ramai sudah di luar sana. Hati-hatilah!


Ps: Main-main jak ba aku. Bukan baini aku hackers. Pura-pura saja. Hehe..



Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 

BOTM: Nama Pura - Siapa Bakal Menang?

8 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Wasaber~


Siapa bakal menang?

Pemenang pertama, kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah berharga berupa sebuah keychain ciptaan khas dari SUKA Collections

Pihak SUKA Collection bersetuju untuk menjadi penaja utama edisi BOTM. Terima kasih diucapkan kepada owner SUKA Collection yang bersikap pemurah. Semoga terus dimurahkan rezeki. Anda boleh rujuk SUKA Collections dengan klik pada banner SUKA dibawah.


Kepada mana-mana Wasaber yang sudi menjadi penaja untuk peraduan anjuran WSB, amatlah dialu-alukan.

Nantikan keputusan BOTM: Nama Pura dalam masa terdekat. Juri sedang sibuk menganalisis entri-entri wasaber yang terlibat. Apa yang boleh dikatakan disini, persaingan adalah sangat sengit. Markah tidak jauh berbeza. 

Nantikan siapa bakal menang...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H

5 comments
Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Hari Raya Aidil Adha atau biasa disebut sebagai Hari Raya Haji merupakan perayaan mega kedua utama bagi umat Islam selepas Hari Raya Aidil Fitri. Apa yang membezakan kedua-dua perayaan ini ialah; Hari Raya Aidil Fitri disambut bersempena perlaksanaan ibadah Puasa (dan ibadah lainnya) di bulan Ramadhan, manakala Hari Raya Aidil Adha disambut bersempena pelaksanaan Ibadah Haji di bulan Zulhijjah dalam kalendar Hijrah Islam.

Bagi tahun ini, tarikh Hari Raya Aidil Adha disambut pada 06 November 2011 (Esok). Kita akan bercuti umum sehingga Isnin ini kerana cuti umum Raya Haji jatuh pada hari pelepasan am.

Dikesempatan ini, Tim WSB mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H kepada Wasaber dan seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada. Bagi Wasaber yang berniat ingin melaksanakan ibadah Korban / Qurban atau Akikah, jangan lupa untuk memaklumkannya kepada yang lain sama ada di laman ini atau di laman Facebook WSB.



-Perutusan Khas CEO WSB-

Assalamualaikum w.b.t. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Wasaber. Kumpulkan amal selagi termampu untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Sempena Hari Raya Aidiladha ini, kami dari seluruh warga krew WSB mengharapkan agar para Wasaber dapat meraikannya dengan jiwa yang bersih samada bersama atau di perantauan. Kalau ada yang mampu untuk menyediakan qurban tu, lakukannya kerana Allah. Jika Nabi Ibrahim sanggup dan Nabi Ismail taat menurut perintah, kenapa tidak kita berkorban sedikit wang ringgit bagi yang mampu. Ok, sampai disini dahulu. Diharap Wasaber bergembira di hari raya yang mulia ini hendaknya. SELAMAT HARI RAYA HAJI!


Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti! \(^_^)/

Tamu Besar Kota Belud 2011

18 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber!

Seperti yang anda baca pada kepala entri ini, Tamu Besar Kota Belud. Perkhabaran ini ingin menghebahkan akan berlangsungnya Tamu Besar sesi 2011 iaitu pesta tahunan terbesar di Kota Belud. Kalau orang Kota Belud memang nda asing lagi lah dengan Tamu Besar ni. Jadi pesorong kam! =)

Para wasaber dijemput untuk memeriahkan Tamu Besar Kota belud yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2011. 

Kota Belud yang tediri 3 kaum terbesar iaitu Bajau, Dusun dan Iranun dijangka akan mempamerkan keunikan budaya masing-masing termasuklah dari segi makanan, pakaian, adat, serta tarian. Selain itu, terdapat juga pelbagai pameran dari pelbagai jabatan, kraftangan, pertunjukan Serimpak, malam kebudayaan, dan macam-macam lagi barang yang terkenal dari Kota Belud dijual dengan harga yang murah. 

Terdapat juga aktiviti yang melibatkan haiwan seperti pertunjukan kuda berhias dan lumba kerabau. Pasti menggamatkan lagi suasana. Kemungkinan juga perlawanan persahabatan bola sepak akan diadakan yang melibatkan lagenda bolasepak negara yang berasal dari Kota Belud, Matlan Marjan turut turun padang untuk beraksi.

sumber: Google

SELAMAT DATANG KE
TAMU BESAR KOTA BELUD 2011


p/s: Bah, siapa yang turun tu helo-helo jak, boleh juga jumpa Wasaber, manatau kamu mau belanja kepsi ka. hehe.

Blog aku, suka hati aku la apa aku mau tulis!

26 comments
Salam blogging semua! Lama suda kita ndak sharing is caring dalam segmen tips-tips ni kan. Tugas pejabat dan aktiviti luar membuatkan idea saya sedikit terbantut untuk mengarang di sini. Baiklah, dipendekkan cerita saja lah; kali ini saya ingin berkongsi satu tips penulisan blog yang bertajuk Blog aku, suka hati aku la apa aku mau tulis!.
Kita sedia maklum dengan pelbagai pancaroba liku-liku sebagai blogger di alam maya ini. Pelbagai agenda, kisah dan teladan telah dihidangkan kita oleh pak cik Google kita begitu juga puluhan gosip dan nama-nama blogger yang panas dan penuh kontroversi naik di paparan skrin dengan popularnya semasa kita blogwalking (macam Kak Buah Epal, si Datin dan macam-macam lagi lah yang saya pun tak berapa ikuti pekembangan mereka sangat) dan tidak juga ketinggalan yang masuk dalam Buletin Utama, TV3 (ini kes politik la). Pelbagai kisah dan kepanasan mewarnai google reader kita oleh seribu satu kisah blogger-blogger yang kita follow ni. Ada kisah yang bermoral dan ada juga kisah yang menjengkelkan samada ditulis sendiri oleh blogger itu mahupun di copy-paste dari blog lain. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri untuk menulisnya atau kita untuk membacanya.

Ya. Memang benar istilah "Blog aku, suka hati aku la apa aku mau tulis!" namun di sebalik kekerasan istilah itu, tersembunyi satu kesan yang amat membekas di masa hadapan nanti.

Kita ambil satu contoh; blog si Datin (yang sudah ditutup itu). Mungkin ada yang ingat blog ini, mungkin ada yang lupa. Mungkin ada juga yang tidak pernah dengar mahupun tak tahu pun blogger ini. Apa pun, demi menjaga perasaan dan nama sesetengah pihak, saya tak lah mahu mengulas lebih tentah blog dan blogger tersebut (siapa-siapa yang mau tahu lebih lanjut, kasi tinggal saja komen di bawah. Ada tu yang rajin memberikan info).
Ops! Sorry ya gambarnya keterlampauan. Saya cuma ingin menggambarkan situasi sebenarnya.
Selepas beberapa entri-entri panas dan berkontroversinya itu, akhirnya dia pun menutup blog tersebut yang telah memberikan impak yang teramatlah besar dalam kehidupannya. Ada yang mencaci dirinya namun ada juga yang memberikan nasihat dan kata-kata semangat padanya. Apa pun ia, tindakannya menutup blog tersebut adalah satu tindakan yang bijak.

Oleh itu, kita ambil pengajaran dalam kisah ini. Ya, bukan juga kita semua mahu menulis se-daring dan seberaninya. Tapi kita perlulah sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita postkan dalam blog kita. Dulu saya juga adalah blogger tegar seperti yang lain, tegar mengasi tau apa saya buat, di mana saya berada, siapa chenta sejati saya, berapa kuat saya menchentai dia, bagaimana kami bertemu dan macam-macam detail lagi.

Tapi selepas memfollow beberapa blog, terutamanya blog yang lebih berfikiran matang dan kebanyakannya blog-blog luar negara, saya telah belajar bagaimana untuk menjadi blogger yang selamat. Ya! Itulah matlamat kita dalam dunia blog maya ini (kecualilah anda ini sememangnya berniat untuk menjadi blogger berkontroversi).

Oleh yang demikian, berikut adalah senarai tips untuk menjadi blogger yang selamat;
  • Jangan terlalu kerap memberitahu di mana anda berada
  • Jangan terlalu kerap menulis apa perasaan negatif yang sedang anda lalui
  • Jangan terlalu kerap memberitahu siapa mereka di sekeliling anda
  • Jangan terlalu kerap memberitahu bagaimana anda lalui hari-hari anda dengan penuh perinci
  • Jangan terlalu kerap memberitahu berapa banyak perbelanjaan dan status kewangan anda (macam show off la dengan segala gadget yang mahal-mahal dan bling-bling tu)
Kesilapan begini memang kita sering lakukan tanpa kita sedari sepanjang kita berblogging sedangkan ia sebenarnya mampu mengundang bahaya yang tidak berbau. Kesilapan ini akan memungkinkan;
  • Pemangsa boleh merancang tempat yang stratergik untuk menyerang anda melalui informasi di mana anda seringkali berada
  • Pembaca boleh berfikiran negatif dengan perangai atau sifat peribadi anda melalui penulisan negatif anda
  • Pemangsa boleh merancang stratergi membahayakan keluarga atau rakan-rakan sekeliling anda melalui informasi mereka yang anda tulis di dalam blog anda
  • Pemangsa dapat mengesan jejak dan aktiviti harian anda dengan mudah
  • Pemangsa mudah mencari sasaran utama dengan mudah melalui status anda yang menarik (contohnya macam: kalau blogger tu kaya, pemangsa boleh rompak dia. Kalau blogger tu cantik, pemangsa mungkin berfikiran untuk meng'gogol'nya juga!)
Sebenarnya saya sendiri telah melalui beberapa pengalaman seperti yang saya nyatakan di atas (tapi tidaklah sampai bab-bab mau di'gogol' atau dirompak tu - na'uzubillah min zaliq). Kisahnya adalah dimana syarikat tempat saya berkerja telah dikecam oleh beberapa pihak pesaing syarikat kami dan blog saya (di mana saya sering ceritakan tentang hasil-hasil kerja saya, di mana saya berkerja dan juga menyebut beberapa rakan sepejabat saya) hampir-hampir menjadi bahan untuk memutar-belitkan keadaan terhadap pihak kami. Namun begitu, berkat doa dan usaha saya men-sensor-kan semua yang berkaitan dengan kejadian ini, blog peribadi saya telah pun terselamat dari permasalahan ini. Phew!



Sejak dari itulah saya mulai menukar style penulisan saya kepada lebih bentuk yang privacy dan misterius yang hanya dikhususkan untuk perkongsian seni dan persaan yang lebih universal dengan hanya menyelitkan 10% detail peribadi saya. Gambar wajah saya dan mereka-mereka di sekeliling saya juga telah saya kurangkan begitu juga menyebut nama-nama asal mereka di sekeliling saya.

Menjadi anonymous adalah lebih baik daripada membahayakan diri sendiri.

Wah! Panjang juga saya tulis, ya! Oleh yang demikian, mari kita buang yang keruh ambil yang jernih. Tepuk dada, tanya selera. Blog la apa saja, tapi BUKAN semuanya!




Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 

Pemenang Peraduan WSB & OnlineFm

4 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber! =)

Peraduan WSB dan OnlineFm telahpun tamat pada 8hb Oktober yang lalu dengan hanya disertai 2 orang peserta. Ternyata persaingan mereka berbaloi kerana kedua-dua daripada mereka mendapat habuan setimpal.

Seperti yang dijanjikan bahawa pemenang tempat pertama mendapat pas VIP dan tempat kedua pas Party dan tempat ketiga pula T-shirt. Namun, oleh kerana penyertaan hanya disertai oleh 2 orang, pihak OnlineFm berbesar hati memberikan ganjaran yang sama bagi kedua-dua peserta iaitu Pas VIP ke STOMPIN Sabah.

Apa kelebihan pas VIP?

• Makan dan minum di tanggung, duduk bersama-sama tetamu VIP yg lain.
• Menonton konsert secara tanpa gangguan (di tutupi khemah). Tidak perlu bersesak. hehe

Pemenang yang bertuah

Siapa lagi kalau bukan;

1. Mohd Saiful Amin - [entri peraduan] dan,
2. Saveq Smile - [entri peraduan].

Kepada peserta, balas makluman kami dengan menghantar detail anda segera.

Nanti pada 15hb Oktober tu bertempat di Tg. Aru 1st Beach, jam 5 petang, tuntut tiket VIP anda di kaunter Stompin dengan memberikan nama dan nombor kad pengenalan pada petugas di sana nanti.

TAHNIAH!

BOTM : Edisi Oktober 2011

30 comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Wasaber!

Kini BOTM telah kembali. BOTM adalah ruang peraduan para Wasaber untuk bersaing secara sihat untuk mencari blogger yang ulung pada setiap bulan. Bukan sahaja persaingan sihat malah memberikan semangat kepada para blogger khasnya Wasaber untuk tidak henti-henti ber-blogging dan mencurahkan idea ke dalam blog masing-masing.

Apa tunggu lagi. Kita teruskan ke tema BOTM kita pada kali ni.

TEMA: Nama Pura

Iya, itulah tema BOTM kita kali ni. Tema ini agak Retro dan personal. Nama pura ni a.k.a nama panggilan a.k.a nama timang-timangan. Mudah saja.

Kriteria

Buat 1 entri. Intipatinya : Kongsikan nama pura anda semasa kanak-kanak yang pasti masih melekat sehingga sekarang.

Ceritakan bagaimana nama tersebut menjadi panggilan kepada anda.

Contoh: Nama sebenar saya Guntur. Tetapi kerana masa kecil saya kuat bersin, saya digelar Sintur.

Entri tersebut tidaklah terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek. Senang cakap, *K.I.S.S

Sertakan juga gambar anda semasa kecil (jika ada). Seperti gambar di bawah.
Jika tiada gambar semasa kecil, manipulasi/edit apa sahaja gambar dengan tulisan nama pura anda. masukkan logo WSB dalam gambar tersebut. Boleh dapatkan logo WSB, disini.

Link-kan gambar tersebut ke entri ini.


Okay, bila semua sudah setel, emelkan entri anda ke: contest@wsbmania.com.

Tarikh tutup BOTM Edisi Oktober : 30 Oktober 2011

Selamat ber-kreatif dan menyelami masa silam sewaktu kanak-kanak! =)


*K.I.S.S = Keep it short and simple

p/s: Penyertaan peraduan WSB & OnlineFm mengecewakan.

Fauziah Gambus, anak kelahiran Sabah ubah mentaliti masyarakat

6 comments

PETIKAN indah gambus dan kelunakan suara wanita muda itu mencuri tumpuan orang ramai yang lalu lalang di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang itu.

Solekan nipis dan dres merah paras lutut menyerlahkan keanggunan pemilik bakat istimewa itu yang turut dibantu lima jejaka berpakaian serba hitam dengan gabungan alat muzik tradisional dan moden.
Meskipun ia sekadar sesi fotografi dan wawancara biasa, wanita bernama Fauziah Suhaili, 23, itu tidak menolak permintaan orang awam terutama pelancong asing yang mahu bergambar kenangan dengannya.

Bagi anak kelahiran Bongawan, Papar, Sabah itu, budaya serta adat masyarakat Melayu Brunei yang diajar datuk dan neneknya perlu dipelihara sebaik mungkin dan dipraktikkan tidak kira di mana jua dia berada.

Ia bukan sahaja merangkumi keperibadian diri malah tanpa disedari, wanita yang lebih intim dengan gelaran Fauziah Gambus itu, dianugerahkan kemahiran bermain gambus dan keupayaan vokal berlenggok untuk membawakan lagu-lagu berentak tradisional.

Walaupun pada awalnya ramai yang tidak biasa menyaksikan seorang wanita bermain gambus, lama-kelamaan kehadiran Fauziah bersama usaha menyuntik kembali kesegaran dunia muzik tradisional tanah air, semakin diterima ramai.
KUMPULAN Fucia terdiri daripada anak-anak muda iaitu (belakang, dari kiri) Mohd. Nazrin, Abdillah Firlany Abdul Malik, (duduk, dari kiri) Muhammad Afiq, Fauziah, Ahmad Haziq Ramli dan Azmir Zin. 

Benar, selama ini kita memiliki nama-nama besar yang sering memartabatkan gambus di pentas industri seni tempatan seperti Allahyarham Fadzil Ahmad, Ramli Sarip dan M. Nasir, namun kesemua mereka merupakan golongan Adam dan legasi mereka juga dilihat seperti tiada penyambungnya.

Kemunculan Fauziah diibaratkan ramai pihak sebagai srikandi moden yang layak menggalas tugas legenda-legenda sebelum dirinya bagi membawa muzik gambus ke persada global.

“Dahulu, masyarakat terutama orang-orang tua melarang golongan wanita bermain gambus kerana dikatakan alat muzik itu hanya boleh dimainkan golongan lelaki.

“Memandangkan datuk saya juga seorang pemain dan pembuat gambus, saya mengambil kesempatan itu dengan bermain alat muzik itu secara rahsia.

“Saya akan mengamati cara datuk dan kumpulannya, Panca Irama, bermain setiap kali mereka membuat persembahan. Kemudiannya saya akan berlatih sendirian di rumah tanpa pengetahuan datuk,” ujar cucu kepada Ismail Matusin itu.

Menyamar lelaki
FAUZIAH pernah menyamar sebagai lelaki bagi menyertai pertandingan bermain gambus.

Kesungguhan Fauziah mendalami muzik gambus bermula ketika dia menyertai satu pertandingan bermain gambus di daerahnya pada usia 13 tahun.

Bagi mengelakkan tentangan datuknya, Fauziah tekad menyamar sebagai seorang peserta lelaki lengkap berbaju Melayu dan menggunakan nama Fauzi sahaja.

“Mujur pertandingan itu tidak menuntut saya untuk menyanyi, jika tidak pasti awal-awal rahsia terbongkar, tetapi akhirnya ia diketahui semua orang apabila saya diumumkan sebagai pemenang pertama.

“Pada awalnya saya khuatir datuk akan marah namun dia turut tumpang gembira dan semenjak itu dia mula mengajar saya bermain gambus secara terbuka,” imbau Fauziah.

Dalam keghairahan gadis-gadis lain menyanjungi kehebatan muzik semasa dan barat, Fauziah lebih selesa mendendangkan lagu-lagu ghazal serta setia memetik gambus pemberian datuknya.

Minat mendalam dan jerih-perih Fauziah terbayar akhirnya apabila bakatnya itu sampai ke pengetahuan penyanyi serta pemuzik popular negeri di bawah bayu, Abu Bakar Ellah, yang menjadi individu pertama menerbitkan album solo Fauziah pada 2007.

 
NAMA Fauziah disebut-sebut ketika mengadakan persembahan khas di Indonesia.

Mengambil elemen masyarakat Melayu Brunei sebagai taruhan untuk album sulungnya, Fauziah sememangnya mahir dengan bahasa dan adat masyarakat tersebut memandangkan dirinya berasal dari rumpun yang sama.

Dalam meniti pengalaman dan merangkul kejayaan, impian Fauziah untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik menjadi kenyataan apabila diterima masuk ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur sejurus selepas album pertamanya dilancarkan.

Jika dahulu Fauziah banyak bergerak solo, namun selepas bertemu pelajar-pelajar sealiran di Aswara, tertubuh pula kumpulan Fucia yang dianggotai enam anak muda termasuk Fauziah yang menyuntik elemen segar dalam muzik tradisional.

“Memang sukar hendak menarik minat orang muda khususnya remaja mendengar dan menghayati keindahan muzik tradisional tetapi jika kena dengan cara ia tidak mustahil dicapai.

“Disebabkan itu, kumpulan saya banyak menyampaikan lagu-lagu moden diiringi muzik tradisional, jadi ia akan tampak lebih menarik dan remaja juga akan mudah menerima pembaharuan itu,” ujar Fauziah yang turut menjadi penyanyi utama kumpulannya.

Fauziah tidak menafikan bahawa muzik tradisional seperti gambus sering menarik perhatian golongan berusia. Namun kini katanya, selepas inisiatif kumpulannya membawakan elemen kontemporari dalam persembahan, semakin ramai anak-anak muda mula menunjukkan minat.

Bawa kelainan
 
FUCIA mengakui bahawa peminat muzik luar negara lebih menghargai muzik tradisional tempatan.

Ahli kumpulan Fucia, Mohd. Nazrin Ahmad Zabidi, 22, menyatakan kelainan yang dibawa kumpulan mereka adalah mengetengahkan muzik tradisional dalam bentuk moden.

“Kalau dinilai berdasarkan audiens, orang luar negara lebih menunjukkan apresiasi terhadap muzik tradisional yang benar-benar asli,” jelas pelajar tahun akhir Aswara itu.

Pemain gitar kumpulan itu, Muhammad Afiq Rosli, 22, sedar akan kebangkitan band indie yang sudah terbiasa dalam mata masyarakat lantas membuatkan genre yang dibawa mereka kurang diberi perhatian. Kelahiran band-band yang diibaratkan bak cendawan tumbuh selepas hujan bagaimanapun tidak menjejaskan usaha kumpulan mereka untuk terus memperjuangkan muzik tradisional kontemporari.

“Walau apapun, kami mempunyai kelebihan yang tidak terdapat pada pemuzik-pemuzik yang hanya bermain muzik moden. Kami mampu membawakan kedua-dua genre moden dan tradisional,” kata Afiq. Nama Fauziah dan Fucia mungkin masih belum mekar sepenuhnya di tanah air ini, namun Fauziah sendiri telah menjadi fenomena di Riau, Indonesia selepas menjayakan beberapa siri persembahan di sana dan sambutan luar biasa yang diterima membuka jalannya mengadakan konsert buat peminatnya di sana.

Selain kebolehan bermain gambus, Fauziah juga berkemampuan membuat gambus sama seperti datuknya. Ketelitian dan kemahiran amat dititikberatkan dalam menghasilkan instrumen klasik itu.

“Terdapat pelbagai jenis gambus sebenarnya di dunia ini dan orang tempatan pula sering menganggap gambus hanya berasal dari Johor.

“Ada gambus dari Arab, Brunei dan Turki. Kesemuanya berbeza mengikut ketebalan bunyi dan daripada segi talinya.

“Jadi proses pembuatan bagi setiap jenis itu juga berbeza dan paling sukar adalah pemilihan kayu. Pembuatan gambus memakan masa selama dua bulan dan paling cepat ia dapat disiapkan dalam tempoh sebulan sahaja,” jelas Fauziah.

#sumber: Kosmo!

Sokong karier dan aktiviti Fauziah Gambus yang tidak jemu memartabatkan seni tradisonal yang kian dilupakan.


Like Fauziah Gambus di Facebook.

Blog Of The Month Kembali

5 comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Wasaber!

Nantikan peraduan untuk menganugerahkan Wasaber anugerah Blog Of The Month pada kali ini. Untuk BOTM kali ini, hadiah yang mungkin bakal anda menangi ialah baju WSB. Jadi nantikan kriteria peraduan yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.


Pastikan anda sentiasa setia bersama WSB.


*Masih berpeluang untuk menang pas VIP ke Stompin Sabah, sertai disini.

Bermain Game Nintendo di PC

6 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera para Wasaber!

Semoga hari ini membawa tuah dan kesejahteraan kepada kalian semua. Hari ini aku mahu kongsikan game yang sudah lama dalam simpanan aku, game dari Nintendo. Masih kabur dan kurang pasti? Kalau aku sebut Super Mario Bros., Contra, Adventure Island, Mappy mesti ingat kan. Permainan ini pernah dulu menjadi fenomena dan kegilaan. Sejak beberapa hari yang lalu, aku bermain dengan permainan ini. Agak menyeronokkan. Apa tidaknya, mengimbau kenangan semasa usia kanak-kanak dahulu. hehe


Jadi, aku mahu kongsikan permainan ini bersama Wasaber sekalian. Kadangkala boleh juga membuang rasa boring kalau tidak bercambah idea untuk menulis entri. Tapi jangan sampai leka bermain permainan ini pula. Nanti nda pasal-pasal berejam-rejam pula main sebab kalah terusss

Info Ringan

•  Untuk bermain permainan game Nintendo ini, anda perlukan emulator yang dipanggil 'Nester'. Emulator yang membawa game Nintendo ke PC anda.

• Anda perlu muatturun jenis-jenis yang anda mahu untuk dimainkan pada Nester. Jangan risau, aku sediakan beberapa permainan paling manang untuk anda muatturun.

• Emulator ini juga menyokong penggunaan USB Controller. Anda boleh tentukan setting untuk controller tersebut.

Muatturun :



Cara Gunakan

1. Aktifkan Nester.

2. Pergi ke tab File -> Open ROM -> Pilih fail .nes di direktori anda letakkan fail game tersebut.

3. Enjoy your game.


Syiok kah? Bikin panas pun ada kan.

*Tangen Tetris syiok main dengan background music yang kool yo. hehe

Selamat bergumbira!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB