Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Banner Khas Untuk Pemenang BOTM Jun

8 comments
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian.

Wahh! Agak lama post ini terpendam di draf WSB. Kepada semua khususnya yang telah menyertai BOTM Jun yang lalu, saya ingin memohon Jutaan kemaafan atas kelewatan memberikan banner tersebut hinggakan mungkin ada yang sudah terlupa tentangnya.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, banner ini ditempah secara khas daripada salah seorang Wasaber yang mahir dalam selok-belok photo editing kegemaran beliau.

Ohya, ada satu lagi pula janji hadiah untuk para peserta iaitu promosi setiap karya yang dibuat khas untuk BOTM Jun tadi. Memandangkan WSB kini telah membuka ruang dan peluang kepada para Wasaber untuk mengirimkan karya atau berita masing-masing untuk WSB, maka ini adalah satu peluang untuk mencapai apa yang disasarkan oleh 'WSB News'.

Ini bermaksud, setiap karya tadi akan dipromosi semula di Page WSB dan juga di laman WSB (kemungkinan besar di wasaber.wsbmania.com).

Banner Direka/Dicipta Oleh : Syafeika Edora

Baiklah, kepada peserta BOTM Jun, ini adalah contoh banner khas untuk anda semua. Ada tiga jenis banner, dan setiap jenis banner itu ada dua 'versi' iaitu melintang dan menegak. Ciri-ciri kaum pula diwakili oleh Bangsa Brunei, Bangsa Rungus dan Bangsa Suluk. Harap Wasaber dari kaum yang lain tidak terasa "Eh kenapa kaum aku tiada..?" sebab agak sukar untuk mendapatkan gambar pakaian tradisional bagi kaum yang ditulis dalam karya BOTM Jun tersebut dari sumber alam maya.

Samalah seperti kesukaran untuk menemui anak muda bertutur bahasa ibunda masing-masing pada masa sekarang.

Dapatkan Banner Khas Anda Di [SINI]


Akhir kata, maaf atas kelewatan, TAHNiAH dan semoga Banner ini memberi manfaat kepada anda!

Promosi bersama WSB

10 comments
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Wasabers~

Jika Wasaber mempunyai sebarang cerita sensasi, berita, cadangan, perkhabaran, hebahan atau apa sahaja. Bolehlah hantarkan kepada kami di SHOUT@WSBMANIA.COM.



WSB cuba untuk membantu anda untuk melakukan promosi yang mana kami rasakan bermanfaat untuk kita semua.

Kami menerima perkara seperti berikut. Antaranya;

• Mempromosikan aktiviti yang berlangsung di Sabah.
• Berita sensasi & terkini. (Sukan, artis & kebudayaan)
• Memohon bantuan ahli komuniti WSB untuk mempromosi aktiviti anda.
• Promosi produk. (dikenakan cas pengiklanan)
• Atau apa sahaja yang anda rasa bermanfaat untuk disebarkan kepada ahli komuniti WSB.
• Untuk pihak yang mahu ber-iklan di WSB, sila rujuk sini.

Caranya:
1. Hantarkan perkara yang anda mahu hebahkan ke SHOUT@WSBMANIA.COM
2. Letak subjek emel tersebut sebagai "WSB News".

Bukan semua emel anda akan kami promosikan, hanya promosi terpilih dan mengikut kepentingannya. Harap maklum.

Kami berusaha untuk membantu ahli dalam komuniti WSB.

Peraduan bersama WSB dan OnlineFM - Menangi Pas VIP STOMPIN Sabah 2011

23 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber~

Baru-baru ini WSB dan OnlineFM (On9FM) telah bekerjasama dalam usaha untuk saling membantu dan menyokong kegiatan dan aktiviti anjuran kedua-dua pihak disamping membantu untuk mempromosikan produk WSB dan On9FM. Sehubungan itu, WSB telah memasang radio On9FM di webpage WSB sebagai tanda sokongan terhadap On9FM. Sila ke laman rasmi On9FM untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut, klik sini. Layan~

Hasil daripada kerjasama yang terjalin antara WSB dan OnlineFM, pihak On9Fm telah berbesar hati untuk menaja 3 hadiah lumayan untuk dimenangi oleh Wasaber. Pada asalnya pihak On9Fm yang diwakili Bro Langau bersetuju menaja satu sahaja hadiah kepada Wasaber, namun On9FM sudi untuk menyediakan 3 hadiah untuk dimenangi. Terima kasih kepada On9FM yang sudi menaja hadiah hebat ini.

Jadi, mari kira tengok hadiah yang bakal anda menangi. Pemenang peraduan ini akan ke STOMPIN SABAH 2011 yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2011 di Tanjung Aru. Apa itu STOMPIN? Baca sini.


Angka Unik Pengikut WSB : 1234

16 comments
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera Wasabers!

Beberapa hgari yang lalu kami telah mengeluarkan video Aktif Wasaber: Edisi Merdeka-Raya. Ok juga kah video tu? Tahniah kepada yang terpilih. Anda memang layak!

Hari ini pengikut WSB telah mencecah angka yang unik. 1234. Bermaksud WSB kini punyai pengikut seramai 1234 orang pada webpage ini. (Rujuk widget 'The Loyals' di bahagian bawah kiri.)


Mesti ada yang hairan kan, angka yang unik pun mahu bikin entri kah? hehe. Bukan apa, entri ini sebagai pembakar semangat kita untuk terus memberi sokongan, dorongan serta maju dan terus maju dari masa ke semasa. Walaupun pengikut 1234 orang bukanlah angka yang besar jika dibandingkan dengan pengikut blog popular yang lain, namun setiap kejayaan itu bermula dari bawah. Barulah indah kejayaan untuk dikecapi.

WSB dalam perancangan merangka beberapa aktiviti 'dalam talian' bersama Wasaber. Peraduan 'Blog of the Month' akan dibuka bulan hadapan. Bersedia Wasaber! =)

"Once Wasaber, always Wasaber" [^^,]

Aktif Wasaber: Edisi Merdeka-Raya

34 comments
Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian...!!!

Sudah hampir sebulan kita berhari raya, ada yang naik berat badan kah?  Itu perkara biasa, yang penting buat senaman untuk kurangkan berat badan. Okay, tanpa membuang masa, entri kali ini berkaitan penglibatan Wasaber sepanjang Merdeka-Raya: Aktif Wasaber. Dalam video berikut, beberapa Wasaber tegar telah disenaraikan selaku Wasaber yang tidak berhenti-henti terus memberi sokongan kepada WSB. Memang kalian keluarga WSB yang terbaik. Apa tunggu lagi, mari kita tengok siapa yang kena?



Itulah senarai Wasaber yang bergerak aktif sepanjang Merdeka-Raya. Mesti Wasaber yang lain kenal kan. Diorang ni ibarat Star dalam WSB. hehe

Untuk video seterusnya, pastikan ada wajah anda ya! [^^,]


p/s: WSB dalam usaha mencari krew, nantikan 'open invitation' dari kami ya.

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA WSB!!!

14 comments
Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian...!!! ;D

Sudah lebih sebulan WSB menjadi sunyi di laman ini kerana tiadanya artikel atau kemasan terbaru. 

Kami memohon ribuan kemaafan atas kelemahan ini. Persiapan dan agenda masing-masing semasa bulan puasa dan Hari Raya benar-benar mencemburui kami untuk bergerak aktif bersama Wasaber sekalian.

Di kesempatan ini, WSB ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua Wasaber yang merayakan Hari Kemenangan setelah sebulan berpuasa. Ada Wasaber yang buat rumah terbuka khas untuk WSB+Wasaber kah? XD



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB