Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

Komik WSB: 20122010

12 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber!

Ini adalah gathering pertama WSB yang dihadiri hanya 6 orang Wasaber. 6 ORANG SAHAJA. Tapi perjumpaan dan perkenalan tu amat bermakna. Wasaber jumpa Wasaber, gamatlah jawabnya. Mini gathering tersebut telah dikomikkan untuk menyampaikan aturcara perjumpaan tersebut dengan santai dan ringan. Jom layan!

Klik gambar untuk pengimejan fungsi zoom~


#Vlog mini-gath:20122010

Ada Wasaber yang tanya bila lagi mau buat gathering? Bah, setelah sekian lama Wasaber tidak berhimpun bersama, maka kemungkinan besar Februari depan WSB akan mengadakan mini gath. Pastikan Wasaber ada masa terluang Februari depan. Sebarang info akan diberitahu dari semasa ke semasa.

WSB yOu!

Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

6 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera Wasaber.
Pasti Wasaber semua sedia maklum tentang bantuan RM500 kepada isi rumah yang layak. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.


Individu Yang Layak

• Warganegara Malaysia;

• Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

• Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

• Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)

• Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;



Dokumen yang diperlukan
• MyKad / Kad Polis / Kad Tentera

• Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja

• Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun pada pautan di bawah dan di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my.



*Lampiran #1 yang perlu dihantar, lampiran #2 sebagai panduan mengisi borang.

Pembayaran bantuan wang tunai RM500 ini hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2011.


Cara Mengisi Borang
• Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen.

• Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.

• Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet,
Aras 10, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.

1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

[sumber : MOF & LHDN]

Banner Untuk Pemenang BOTM : Nama Pura

8 comments
Assalamualaikum dan salam mesra Wasaber.

Krew grafik WSB iaitu Wasaber Affinie A. Ramos telah menghasilkan banner yang menawan ini untuk dilekat pada blog pemenang BOTM : Nama Pura. Kepada Wasaber yang berkenaan, bolehlah ambil HTML banner ni ya. TAHNIAH sekali lagi. 







Lawa kah? Kalau lawa, kasi 'Like' sikit. Ramaikan BOTM : Edisi Disember yang temanya "Tempat Bersejarah". Pakat join ramai-ramai bah. hehe.

kredit: Affinie A. Ramos


p/s: Pemenang belom bagi alamat lagi oo.

Pemenang BOTM : Nama Pura

17 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Lama juga proses penilaian diambil untuk memilih pemenang bagi BOTM : Nama Pura. Dengan 10 orang peserta, memang amat sukar bagi juri membuat keputusan kerana rata-rata memang hebat-hebat belaka. Tanpa berlengahkan lagi, kita teruskan kepada pengumuman pemenangnya. Siapa Bakal Menang?

Okay, secara jujurnya memang markah para peserta tidak jauh sangat bezanya. Maklumlah, semua yang join ni otai Wasaber kebanyakkannya. hehe


PEMENANG

PERTAMA: Oyoi'e [entri]

KEDUA: Dang Iwan [entri]

KETIGA: Inang [entri]

TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!!


Nama pememang pun pakai Nama Pura jak, maklumlah tema BOTM kan Nama Pura. Kepada pemenang bolehlah berikan alamat anda disini untuk tujuan penghantaran hadiah. Penaja bagi BOTM : Nama Pura ialah SUKA collections. TERIMA KASIH SUKA collections. {kasi 'Like' ramai-ramai page SUKA} 

Ada yang tahu tempat ke-4, ke-5 dan ke-6 memandangkan markah sangat sengit? Iyalah, sikit jak lagi mahu menang, tengok-tengok kalah beberapa markah jak. hehe.

Tempat ke-4: Nana Morgan,
Tempat ke-5: Samizul, dan
Tempat ke-6: Mohd Saiful Amin.

Jangan berputus asa ya. Ketiga-tiga mereka ni mempunyai markah yang rapat-rapat. Bilang orang Sabah, "Tiada nasib ging". hehe. 

Coba lagi di "BOTM : Tempat Bersejarahku". Penaja BOTM tersebut ialah Datin Lina Ramsah. Lumayan tu hadiahnya. jangan lepaskan peluang anda. :)


*Kalau ada sudi menjadi penaja, jangan segan jangan malu ya. Berbakti kepada anak jati Sabah. (^^,)
**Mau promote aktiviti di kawasan anda seperti Pesta Jagung, Pesta Bagandang dll, sila ke pautan ini.

Kriteria BOTM Disember 2011 : Kawasan Bersejarah

15 comments
Salam bercuti WSBers semua! Mesti semuanya sedang ber-gumbira dengan keluarga dan sahabat handai di kampung halaman. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ber-enjoy sakan, janganlah mogok sedih pula ya. Lain kali ada lagi.

Oleh yang demikian, sempena musim cuti sakan ini maka diisytiharkan BOTM kali ini agak mencabar sedikitlah hendaknya. Ianya bertajuk seperti yang berikut;

KISAH DISEBALIK (nama tempat)
Contohnya: Kisah Disebalik Taman Peringatan Peperangan Sandakan


Nampak macam senang saja, kan? Tapi jangan dulu anda memetik jari dan bilang "Eh, sannang baitu!". Caranya begini:

Anda perlulah menulis sebuah essay mengenai sejarah tempat menarik yang paling YANG ADA DI KAMPUNG HALAMAN / DAERAH ANDA LAWATI. Anda juga boleh memilih pusat perlancongan / peranginan yang kurang terkenal tetapi perlu diperkenalkan kepada pembaca.

Ala, sambil-sambil bercuti-cuti  dan berpicnik tu, apa kata kita luangkan masa mengimbas kembali atau mengkaji sejarah tempat yang anda lawati tersebut. Sekurang-kurangnya, bukan sahaja boleh mengupdate profile photo facebook tetapi boleh juga mengupdate blog anda untuk dikongsikan kepada dunia dengan cara yang lebih informatif!

Namun begitu, berikut adalah SENARAI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DI PILIH sempena BOTM ini kerana tempat-tempat ini cukup terkenal sudah di Google. Orang putih pun banyak sudah yang datang pigi sini;

  1. Kinabalu Park, Kundasang
  2. Poring Hot Spring, Ranau
  3. Sepilok Rehabilitation Center, Sandakan 
  4. Sipadan Island, Semporna
  5. Tungku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu
  6. Simpang Mengayau, Kudat
  7. Sabah State Museum, Kota Kinabalu
  8. Sandakan Memorial Park
  9. Ranau Memorial Park
  10. 1Borneo Mall, Kota Kinabalu (dan mana-mana shopping mall sekitar bandar Kota Kinabalu)

Risau kamu sebab tempat-tempat di atas kena banned? Ala, banyak ba tempat menarik di Sabah yang ramai ndak tau. Contohnya macam di Inanam ada air terjun Kiansom, di Tungku ada Sahabat Beach Resort, ada lagi tu pantai yang ada sekolah di siringnya tu di Tungku (lupa suda apa nama tempat tu). Ada lagi air terjun di Tawau tu yang tesenarai antara air terjun tertinggi di Malaysia (itu pun lupa suda saya namanya). Di Keningau ada Gunung Mas yang banyak monyet tu (tersenarai antara tempat paling sejuk di Malaysia), Jalan Apin-apin Keningau lagi yang merupakan jalan paling lurus di Sabah (tak silap di Malaysia).

Penulis di salah satu papan tanda
di terminal kereta api klasik, Petagas.
Sebagai contoh; secara fizikal, Putatan tidak mempunyai banyak tempat menarik/cantik untuk dilawati. Namun begitu, kisah disebalik nama 'Putatan' itu sendiri menyimpan sebuah sejarah menarik yang boleh dikongsikan bersama. Untuk mengetahui kisahnya, sila klik gambar di sebelah yang betabiat itu. Ada tu sejarah nama Putatan tertulis disitu.

Manakala jalan raya terlurus di Apin-apin, Keningau tu kisahnya; ia merupakan landasan kapal terbang tentera Jepun pada perang dunia ke-2 yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya. Sebab itulah ia lurus memanjang semacam saja. (Sumber; kisah nenek moyang)

Jadi, tidak semestinya tempat-tempat tersebut menarik kerana tempat itu cantik, boleh picnik-picnik, boleh bergambar posing bikin profile picture Facebook. Tapi nilai sejarahnya  juga boleh menjadi daya tarikannya yang tersendiri. Mungkin ada kisah-kisah disebalik tempat tersebut yang tidak ramai yang tahu boleh dikongsikan bersama. Tidak kiralah anda berada di mana sekali pun, sejarah yang tertulis disebalik tempat yang sedang membangun itu sememangnya sesuatu yang harus dikongsikan dan diingat selalu.

Secara ringkasnya, BOTM kita kali ini bukan sahaja berkisarkan mengenai warna-warna pusat percutian dan perlancongan yang indah dan menarik tetapi juga sejarah dan kisah lampau yang nostalgia mengenai tempat/kampung/daerah anda.

Untuk menyertai BOTM ini, anda perlulah menyertakan gambar-gambar ASLI tempat tersebut. ASLI yang dimaksudkan adalah gambar yang ANDA AMBIL SENDIRI. Untuk mengesahkan gambar tersebut diambil sendiri oleh anda, oleh itu perlulah ada wajah anda didalam gambar tersebut (bukti bahawa anda betul-betul melawat tempat itu dan bukan sekadar google images). Manakala gambar sampingan (contohnya gambar bersejarah; hitam putih / retro) dari google image adalah diizinkan.

3 pemenang akan diumumkan seminggu selepas Tahun Baru 2012. Pemenang akan menerima hadiah misteri yang sangat hebat!

Hadiah BOTM pada kali ni ditaja oleh Wasaber Lina Ramsah. Pemenang akan membawa pulang haiah khas dari Butiknya "I Love Oldies Boutiques". Yeeha!


Sebagai inspirasi penulisan anda, anda boleh rujuk DI SINI. Lebih kurang begini la essay tersebut. Penggunaan bahasa adalah BAHASA MELAYU ATAU ENGLISH LANGUAGE. Tapi sebaiknya English la supaya 1 dunia boleh baca.

Emelkan URL entri anda ke: contest@wsbmania.com sebelum tahun depan iaitu 1 Januari 2012.

SELAMAT BERCUTI SAMBIL MENGENANG KEMBALI SEJARAH!



Sharing is Caring
Maaf kalau ada tersalah 
atau terkasar bahasa 

Barang Baik

5 comments
Assalamu'alaikum & salam mesra Wasaber sekalian...

Bagi yang perasan, nama pengarang pada kali ini beda dengan nama-nama pengarang sebelum ini kan. Ya, ini entri pertama saya di ruang ini. Dan pada entri pertama ini, ringkas sahaja perkongsian dari saya. Saya ingin mengajak kalian kembali kepada perkara asas, mungkin ada yang terlupa atau mungkin juga ada yang tidak tahu. 

Berbalik kepada kepala entri di atas, saya yakin para wasaber pasti ada telefon bimbit bukan. Hanya dail nombor telefon yang tertera di bawah. Ada barang baik di sini:

 015 4871 5015


Nota: tiada sebarang cas dikenakan jika mendail no. telefon ini. Selamat menikmati barang baik! :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB