Loonaq_06Ogos-09November Dapatkan Domain Termurah
Dari NetKL serendah RM29.95 setahun! Beriklan disini

BOTM April 2011 : Calon Pemenang

9 comments
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera Wasaber sekalian!

Yeahh, BOTM Edisi April semakin hampir ke penghujungnya seperti bulan yang kita duduki sekarang ini - bulan April.

Artikel kali ini ringkas sahaja. Tapi sebelum saya mengumumkan secara rasmi siapakah Wasaber yang tercalon untuk menjadi Calon Pemenang BOTM Edisi April 2011 ini, molek kiranya para pembaca sekalian membaca dua artikel sebelum ini yang telah didokumentasikan. Ini bertujuan untuk 'penyegaran' atau refreshment di samping membantu memantapkan lagi upaya kekuatan bacaan Wasaber. Pergh ayat, skema gilak, muahua3!

Dokumentasi BOTM Edisi April 2011
Artikel 01 : Pengenalan
Artikel 02 : Tip Dibongkar!

Baiklah, dengan ini saya mengumumkan senarai Calon Pemenang bagi BOTM Edisi April 2011 adalah seperti yang berikut:-

Rekaan Logo WSB - Wasaber Memang Kreatif

16 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Beberapa hari yang lalu, WSB meminta sumbangan idea kreatif dari para Wasaber untuk mereka bentuk logo WSB dengan apa cara sekali pun menggunakan material di sekeliling anda atau melukis atau menyusun atur sesebuah benda sehinggalah membentuk perkataan "WSB" dengan kreatifnya. Kemudian tangkap gambar rekaan tersebut menggunakan kamera handphone. Ramai juga Wasaber yang turut serta memberi sokongan dan menyumbang rekaan logo mereka. Memang sporting.
Kepada yang ingin menyumbangkan kreativiti mereka, hantarkan penyertaan anda ke shout@wsbmania.com (sertakan URL blog anda)

BOTM April 2011 : Tip Dibongkar!

15 comments
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber!

Seperti yang diumumkan sebelum ini, aktiviti Blog of The Month [BOTM] bagi edisi April 2011 adalah bertemakan 'Blog Pilihan'. Jadi, untuk menjadi BOTM bagi bulan ini, blog Wasaber perlulah menepati kriteria dan syarat untuk menjadi 'Blog Pilihan' sebagaimana yang kami umumkan di sini.

"Wasaber hendaklah mempunyai blog yang menepati ciri-ciri sebuah blog 'contoh' atau yang terbaik menurut tip yang disebut oleh Krew Grafik WSB kita, 'FR'."

Baik, sebelum menulis lanjut, MSS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi terima kasih kepada para Wasaber yang sudi meninggalkan komen di artikel BOTM April 2011 yang lalu serta mereka yang bertanyakan soalan. MSS harap, segala kemusykilan telah mendapat pencerahan - berupa penjelasan - terus di ruang komen artikel tersebut.

WASABER.wsbmania.com Kini Dilancarkan!

16 comments
WASABER.wsbmania.com merupakan satu projek WSB bagi menghimpunkan blog para Wasaber dalam 1 laman. Dengan itu, maka semakin mudahlah para Wasaber untuk menjejaki para Wasaber yang lain.

Apa pandangan anda?

Semoga dengan adanya laman ini, lebih rapatlah hubungan kekeluargaan kita di WSB. ^^

Report Group 'Fuck Sabah'

35 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Walaupun kerajaan telah melaksanakan gagasan 1 Malaysia dengan giatnya, namun terdapat juga segelintir individu yang boleh disifatkan sebagai 'racist' atau bersifat kenegerian/perkauman di Malaysia. Negeri Sabah menjadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menghina negeri Sabah secara terang-terangan di rangkaian sosial Facebook melalui group yang diberi nama "Fuck Sabah". Dari nama group tersebut sahaja kita sendiri dapat menilai tahap pemikiran cetek pencipta group tersebut, sewenang-wenangnya tanpa memikir sensitiviti kaum di Malaysia. Hal sebegini tidak sepatutnya wujud. Hal ini hanya akan menyebabkan masyarakat Malaysia berbalah sesama sendiri. Diharap pihak kerajaan mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada pelaku kerana hal ini melibatkan perkauman.

Adakah perlu dikenakan tindakan ISA kepada pelaku sebegini supaya kejadian ini tidak berulang lagi? kerana perkara ini mampu melahirkan dendam perkauman yang mungkin membawa kepada perbalahan/rusuhan kaum.

WSB "Blog Of The Month: Edisi April 2011"

60 comments
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Wasaber sekalian!

Yaa, kita bertemu lagi di sesi 'Blog of The Month' atau akronimnya BOTM. Kali ini, Edisi April 2011 menyusul. Edisi Mac tidak dijalankan seperti biasa kerana penangan WSB Mini-Gath baru-baru ini.

Tema Cerpen sudah, tema Cinta pun sudah.. Bagi tahun inilah, ehe. Apa pula pada April ini?

Memandangkan WSB Day bakal diadakan penghujung bulan hadapan, maka Tim Krew mengambil pendekatan 'ringan-ringan' untuk edisi kali ini. Oups maaf, bukan ringan-ringan yang ehem-ehem tu ya, ehe3..

Tema kali ini ialah : "Blog Pilihan".

Kriteria dan Syarat :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Facebook WSB Badge

Geng WSB